Thursday, December 13, 2012

~ Chicky Kesayangan Mati ~

Assalamualaikum WBT...

12/12/12 (Rabu)
Berita sedih lagi....
Akhirnya Chicky kesayangan mati gak...
Umurnya 4 tahun 5 bulan...lahir July 2008 hingga kini....
Setelah sakit mata yang kronik...
2 jenis ubat sudah diberi...
Vet bagi ubat Fucithalmic ngan 1 lagi xtau....
Makan pun kena force feeding...
tapi xde harapan gak...
xpela....Allah mengetahui yg terbaik utknya...
Kesian Chicky....Maafkan ku....

~ Ni gambar dia dulu time baru adopt...Sadisnyaaa ~~


Monday, December 10, 2012

~ Induk Betina DD Mati ~

Assalamualaikum WBT...

02/12/2012 (Ahad)
Sedihnya....
Mati sudah Induk Betina DD ku...
2 hari demam...last2 temui ajal gak....
Mula2 bulu kembang...then check 'bontot' dia...
sah sakit sebab berak cair, penuh taik...dah bersihkan....
then asingkan, spray cket then jemur...bagi ubat 'tetra chlor'...
Tapi....Allah sayang dia gak...mati jua akhirnya...
Redha ja walaupun pahit....sayang sgt....
:'(

~ Sempat diabadikan photonya...sedih... ~
~ Thanks for All ~


Thursday, November 1, 2012

~ Mancing Lagi ~

Assalamualaikum WBT...
23 October 2012 (Selasa)
Sempat aku pergi mancing ngan Abah & Bae...
Abah sanggup amik cuti 1hari sbb plan mancing nilah...
Abeskan cuti tahunan katanya...maklumla...dah ujung2 tahun ni...

Kitowang start gerak dari umah kol 8.00pg...
First Destination, Kolam Pancing Wak Janggut, Pekan Nenas, Pontian, Johor...
Sambutan ikan amat TIDAK MENGGALAKKAN!!!
Sangat kecewa..naik la gak sekor belida ngan pacu...
Then Kitowang decide utk tukar lokasi mancing...xsilap 2jam jerk kat situ...

Next Lokasi kat Kolam Pancing Megatron, Kulai, JB...
Tempat cam bese seperti ku ceritakan dahulu...KLIK ni kalau sudi tgk balik post lepas...
Kat sini, Sambutan JUGA TIDAK MENGGALAKKAN nak dibandingkan ngan sebelum ni...
maybe ikan2 dlm ni xde mood nak mkn kowt, dah nak tghari, tapi ikannya masih bnyk...
Arapaima plak muncul je dekat2...Talapia yg dekat2 pun mcm nak xnak je makan...takut kowt...
Sedih2...Nasib mcm xbaik sgt kali ni....

Tapi nasib ade pengubat, Abah dapat KELI AFRIKA 12kg...
Puas gak la melayan...lepas abah dekatkan, aku plak...
then keli tu tarik lagi ketengah, main la ape lagi..
drag memg kasi longgar....joran lak lembut...best2...
Alhamdulillah merasa gak la...
Kalau x lagi kecewa...huhu...
:'(

 ~ Pacu ngan belida ~

~ Keli 12kg...puas ati betul...huhuhu ~~
~ Thanks for All ~


~ New Members (Diamond Dove & Lovebird) ~

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah...
19/10/2012 (Jumaat)
Aku telah berjaya meng'adopt' Sepasang Induk Diamond Dove ngan seekor Lovebird Betina...
Beli dari otai ku di KL, Abg Mahendran bwakkan dari KL ke JB...
Thanks sesangat...walaupun nak pi amik di Taman Pelangi sampai sesat bagai, Alhamdulillah jumpa gak...
Tengah mlm plak tu....nasib nasib...

Lovebird tu mutation Creamino, harap2 betina la...sbb nak kapelkan ngan Jessy aku tu...
dah matang sangat upenyerrr...sian tgk...asyik dok gesel2 ngan toy dlm aviary tu...
Mudah2an diowg serasi dan dapat baby yang sihat....InsyaAllah aminnn...
:'D

Induk Diamond Dove plak buat masa ni masih bersama ceria dlm cage diowg...
xnampak lagi diowg mating...harap2 dlm masa terdekat ni...
Mudah murah rezeki...Doa kawan2 sangatlah diharapkan...
InsyaAllah aminnn.....
:'D

~ Lebih kurang sama cam dulu..ok x??? ~

~ Creamino lovebird, harap2 diowg serasi la bersama Jessy..Aminnn ~
~ Thanks for All ~


Monday, October 15, 2012

~ Iguana Fact & Common Myth ~

Assalamualaikum WBT...
Search2 google, blaja lagi bab iguana....
Banyak lagi ilmu aku kurang psl iggy ni...
Kena tambahkan ilmu & pengetahuan nak bela iggy....
Tertarik nak share apa yg aku jumpa...klw korang dah bese baca..sekadar mengingati...
Sama2lah kita belajar ek..try translate dari page asal...Iguana Den...
Kalaw ayat pelik2 tu, phm2 jelah yerr...then klw salah tolong bitau...kikikiki....
Ni pasal Fakta dan Mitos biasanya berkaitan Iguana...
hihihihi....


MITOS: Iguana hanya akan membesar mengikut saiz sangkar yang kita gunakan.
FAKTA: Iguana yang *BETUL* penjagaannya akan mencapai 5-6 kaki panjang tidak kira saiz sangkar yang kita gunakan.

MITOS: Iguana harus makan salad.
FAKTA: Salad mempunyai hampir tiada nilai pemakanan. Iguana memerlukan diet yang tinggi yang sangat pelbagai dalam sayur-sayuran berdaun hijau, dengan pelbagaikan sayur-sayuran dan buah-buahan.

MITOS: Cahaya haba adalah satu2nya cahaya yang diperlukan oleh iguana saya.
FAKTA: Iguana memerlukan dua jenis cahaya, cahaya haba dan cahaya UVB. Tanpa UVB mencukupi, iguana tidak boleh memproses kalsium dalam diet mereka dan boleh menyumbang kepada Penyakit Tulang Metabolik (Metabolic Bone Disease, MBD) dan jika teruk, boleh menyebabkan kematian.

MITOS: Lampu akuarium atau lampu 'spektrum penuh' akan menghasilkan  UVB yang cukup untuk iguana saya.
FAKTA: Kebanyakan mentol dipasarkan untuk kegunaan ikan, lampu pertumbuhan tumbuhan, atau sebagai mentol 'spektrum penuh' tidak menghasilkan cahaya UVB yang cukup. Carilah satu lampu yang khusus menghasilkan sekurang-kurangnya 5% UVB, seperti jenis ZooMed’s Iguana Light 5.0 or ReptiSun 5.0.

MITOS: Iguana saya boleh mendapatkan UVB melalui tingkap.
FAKTA: Palsu. Spektrum UVB yang iguana perlu tidak tembus melalui kaca atau plastik, dan skrin tingkap mengurangkan kualiti UVB yang diterima. Satu lagi bahaya meletakkan sangkar iggy anda berhampiran tingkap adalah kerana cahaya yang datang melalui tingkap boleh menyebabkan sangkar kaca untuk cepat panas, sekaligus boleh membunuh iguana anda.

MITOS: Mentol UVB saya akan bertahan sehingga ia terbakar atau rosak.
FAKTA: Walaupun mentol UVB terus menghasilkan cahaya yang boleh dilihat, kualiti mentol UVB turun secara drastik dari masa ke masa. Mentol UVB perlu diganti setiap 6 bulan sekali.

MITOS: Makanan anjing atau kucing adalah baik untuk iggy saya dan membuatkan ia membesar dengan lebih cepat.
FAKTA: Iguana adalah haiwan herbivor. Sistem badan mereka tidak boleh memproses protein haiwan (makanan kucing atau anjing, produk daging, serangga, telur, dan sebagainya). Iguana yang makan protein haiwan membesar dengan cepat, tetapi MATI pada usia yang awal disebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

MITOS: Sebuah akuarium/terrarium adalah rumah yang baik untuk iguana.
FAKTA: Iguana adalah arboreal (tinggal di pokok) dan ia memerlukan sangkar besar dengan banyak ketinggian untuk mendaki. Iguana boleh dipelihara dalam akuarium komersial pada umur satu atau dua tahun. Iguana dewasa memerlukan sangkar sekurang-kurangnya 6 kaki tinggi, 5 kaki panjang, dan 3 kaki lebar.

MITOS: Iguana memerlukan teman. Saya boleh menyimpan 2 (atau lebih) iguana dalam sangkar yang sama.
FAKTA: Iguana adalah haiwan bersendirian yang memilih untuk TIDAK berkongsi wilayah mereka. Menempatkan dua iguana dalam satu sangkar yang sama akan menyebabkan isu-isu dominasi, dan paling teruk kematian seekor atau kedua-dua iguana. Iguana juga boleh mati disebabkan oleh tekanan.

MITOS: Saya boleh menyimpan reptilia lain dalam sangkar yang sama dengan iguana saya. (Kura2, cicak, dll.)
FAKTA: Anda tidak boleh menempatkan spesies yang berbeza bersama-sama dlm satu sangkar. Bukan sahaja mereka semua telah berbeza keperluan habitat, tetapi mereka boleh menyebarkan penyakit dan parasit antara satu sama lain, dan boleh menyebabkan tekanan antara satu sama lain.

MITOS: Saya tidak perlu membawa iguana saya berjumpa doktor haiwan, ia hanya reptilia.
FAKTA: Sama seperti haiwan2 lain, iguana anda perlu berjumpa doktor haiwan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Reptilia boleh menyembunyikan tanda-tanda penyakit dengan sangat baik, kerap membawa iguana anda berjumpa doktor haiwan akan membuatkan ia lebih mudah untuk menentukan dan mendiagnosis masalah jika sesuatu berlaku.

MITOS: iguana saya akan memberi saya jangkitan Salmonella.
FAKTA: Iguana, seperti semua reptilia, boleh membawa bakteria Salmonella. Ia sering disebarkan melalui najis. Mengekalkan iguana anda bersih dan sangkarnya serta diri anda sendiri (seperti membasuh tangan anda selepas mengendalikan iguana anda) biasanya mencukupi untuk mengelakkan salmonella. Statistik jangkitan salmonella lebih cenderung kepada makanan ayam yang tidak cukup masak berbanding jangkitan dari reptilia.

MITOS: Iguana tidak mempunyai gigi.
FAKTA: Iguana mempunyai gigi, sangat serupa dengan gigi ikan yu. Satu gigitan penuh iguana boleh menyebabkan jari anda cedera parah.

MITOS: Iguana adalah haiwan yang murah.
FAKTA: Iguana adalah sangat mahal untuk permulaan dan mengekalkan tahap penjagaan dengan betul. Sangkar, makanan, pemanasan, lampu, kelembapan, dan bil-bil doktor haiwan. Ia sangat mahal untuk tahun pertama kebiasaannya.

MITOS: Iguana sesuai dijadikan haiwan kesayangan untuk kanak-kanak.
FAKTA: Iguana tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan untuk kanak-kanak. Mereka boleh berkembang dengan sangat besar, dan menuntut keperluan penjagaan yang tinggi. Iguana juga mengambil masa beberapa bulan atau setahun yang konsisten untuk dijinakkan dan bersosial.

MITOS: Iguana anda tidak akan hidup lebih daripada dua atau tiga tahun.
FAKTA: Okay, itu satu fakta helah. Iguana boleh hidup sehingga 20 tahun, TETAPI, hanya dengan penjagaan yang betul!

MITOS: Iguana tidak boleh berenang.
FAKTA: Ohhh, ya! mereka boleh! Walaupun bayi iguana tidak suka air, semua iguana tahu bagaimana untuk berenang, dan akan menggunakan air seperti ia sedang terbang.

MITOS: Iguana tidak boleh diajar 'potty' trained
FAKTA: Pasti mereka boleh! Ia dipanggil 'tubbing', dan ia adalah satu cara yang berkesan membiarkan iguana anda pergi ke bilik air untuk mandi, berenang, dan minum digabungkan sekali.

MITOS: Jika saya tidak boleh menjaga iguana saya lagi, saya hanya boleh melepaskan dia bebas.
FAKTA: NO! NO! NO! Jika anda tidak boleh menjaga iguana kesayangan anda lagi, maka anda perlu membawanya ke tempat perlindungan atau hubungi agensi haiwan untuk mencari rumah yang boleh menjaga iggy anda. JANGAN LEPASKAN IA BEBAS! Iguana anda akan mati, sama ada atau tidak anda suka, dan ia adalah menyalahi undang-undang di kebanyakan kawasan.

MITOS: Semua kedai haiwan memberitahu saya cara yang betul untuk penjagaan iguana.
FAKTA: Jangan Terpedaya, Sebahagian besar kedai2 haiwan tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menjaga iguana. Anda perlu mengkaji sendiri sebelum anda memiliki iguana, bukan selepas memilikinya!

MITOS: Iguana saya tidak akan mempercayai saya.
FAKTA: Pasti dia akan, jika anda menjaganya dengan sangat baik dan menghabiskan masa dengannya selalu.

MITOS: Iguana adalah mudah untuk dijinakkan.
FAKTA: Iguana adalah amat sukar untuk dijinakkan. Tidak seperti kucing dan anjing yang telah dijinakkan selama beratus-ratus tahun, iguana tidak dibesarkan secara meluas dalam kurungan, dan kebanyakan diimport dari Amerika Selatan secara liar. Mereka adalah haiwan liar, dan ia mengambil banyak masa dan kesabaran untuk dijinakkan serta mendapatkan kepercayaannya. Bukan sesuatu yang luar biasa jika mengambil masa enam bulan hingga setahun atau lebih untuk menjinakkan iguana.

MITOS: Batu panas adalah sumber haba yang baik untuk iguana.
FAKTA: Tidak! Batu panas adalah SANGAT berbahaya untuk iguana. Iguana adalah makhluk arboreal, yang direka untuk mendapatkan haba mereka dari atas. Mereka mempunyai sensor sakit yang sangat sedikit dikawasan perut mereka, dan boleh terjadi melecur teruk dan juga mati di atas batu panas tersebut. Batu-batu panas juga menybabkan 'overheating', yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada iguana.

MITOS: Jika saya tidak mempunyai iguana jantan, iguana betina saya tidak akan bertelur.
FAKTA: Iguana betina agak menyerupai ayam bahawa mereka boleh bertelur subur sama ada atau tidak kehadiran si jantan. Iguana dalam kurungan sering mempunyai kesukaran untuk bertelur, jadi jika anda mengesyaki iguana anda menjadi 'gravid' (penuh telur), sila bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk diperiksa.

Harap2 info2 kali ni amat berguna kepada anda....
~ Thanks for All ~
:'D

Sunday, October 7, 2012

~ Percubaan Breed Iguana ~


Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah....
Buat masa skng masih try menjalankan kajian serta experiment tentang nak breed iguana....
saje jew...nak try kan...manelah tau menjadi...
Thanks sgt2 kepada saudara Jai aka De Berk selaku penyumbang iggy jantan...kikiki...
Semoga breeding season diowg datang cepat & bolelah teruskan usaha murni ku ini...

Tempat tinggal dah ok rasanya...
Pihak keluarga jantan ngan betina semua dah tahu...
tinggal tunggu nikah ngan mengawan jerk...hihi..
Mudah2an elok semuanya...
InsyaAllah aminnn~~~

Dengan ini kami menjemput saudara saudari dtg utk memeriahkan lagi Majlis Walimah anak2 kami...
Pengantin Jantan: Midut bin Jai (12 Tahun) bersama pasangannya...
Pengantin Betina: Ivy binti Arep (8 Tahun)
Tarikhnya xtau lagi....nanti baru diumumkan...
Jemput Datang yerr....
Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kami ini..
Terima Kasih...

~ Kad Jemputan ~

~ Lokasi Majlis Perkahwinan ~
~ Thanks for All ~


Tuesday, September 25, 2012

~ Percubaan Breed Prairie Dog ~

Assalamualaikum WBT...

Skng ni ngah mencuba breed Prairie Dog ku...
Ntahla...rasa matang dah...tapi mcm diowg belum betul2 mesra la...
ntah bila la nak mating...sabo jela....xpe2....
Aku memg nak try...tapi tidakla mengharap begitu cepat...
sbb takut..otai ckp pun memg payah gak nak breed PD ni...
Mudah2an usaha ku berhasil la nanti...
InsyaAllah.... Kawan2 Doakanlah yer....
:'D

Sebelum tu, nak citer psl PD betina yang aku beli dari Ipoh...
Tanggal 28/06/12 (Khamis)...
Terima Kasih tak terhingga pada Muezz sbb sudi teman aku pegi Ipoh...
Pegi pagi, balik ptg...2 JAM je aku kat Ipoh...giler ah...
Semata2 g ambik PD betina tu....
Terima Kasih gak kat Nana aka SeRn Jasmi sbb tolong dealkan ngan cina yg jual PD tu...
Anyway...Semua berjalan Lancar...
Alhamdulillah...

~ Naik ETS (Direct dari KL central ke Ipoh) xsampai 2jam pun...best gilerr...
da lama xnaik train g jauh2...harga pun ok...kitowg bwk student card, so dpt la discount, 
RM22, klw tak RM25..etlis kurang gak kan...kikikiki~~~~

~ Ni pets2 Nana...bnyk Guinea pig...ni baru cket...bnyk lg...ade Maine coon, Sugar glider, 
PD jantan Nana simpan...Siap ade bilik khas lagi...memg respect la...Tahniah Nana...

~ Inilah Stesyen KTM Ipoh...rasa mcm dulu2 pulak...
Bangunan dia ukiran bangunan lama...memg best...sempat mkn2 lagi...memg syokkkk~~~

~ Tiket ETS...time ni dr KL Central ke Ipoh..diowg siap highlight lagi ~
~ Thanks for All ~


~ Wikky Pergi Meninggalkanku Selamanya ~

Assalamualaikum WBT...

Nak record tarikh...
Wikky, 1st cockateil ku telah mati bulan pose aritu...
Tanggal 17 Ogos 2012(Jumaat), setelah 4bulan 9 hari aku memeliharanya....
Beli 26/03/12 dari tuan aji Amir Ezani..CERITA DISINI...
Sedih sgt time tu, tp xleh buat apa...
Ptg tu tgk dia mcm lemah, then suapkan vitamin...tengok2 kepala dia terlentok...
xtau nk buat ape dah...usap2 jew...berbual ngan dia...sob sob...
Citer ni dah lama....duka nya masih terasa setiap kali tgk "bininya"
konon2 la bini...tapi sekarang...tetiba lepas molting tukar sumer bulu jantan...
patutla dulu dia lawan2 bunyik ngan wikky...upenyer memg jantan...
sedih je rasa.....xsempat wikky nak merasa nikmat berkahwin...
matang sgt dah ritu..ni jantan baru nipun dah matang...
sesape de betina bolelah roger2 k...sian dia...
Aku namakan jantan ni Wikky gak...
Semoga xjadi mcm Wikky....
:'|

Sunday, September 23, 2012

~ Jalan-Jalan Kota Tinggi (Part 2) ~


Assalamualaikum WBT...

12 september 2012 (Wednesday)
Sambungan Part 1...Hari Kedua...
Bermula seperti biasa...
Mak Feka buat sarapan yang enak sungguh...bnyk plak tu...
Pilih je nak mkn yg mana...untung betul...
hehehehehe...memg 1st class...

Pas settle sumer...kitowg gerak dr umah dlm kol 10lebih...
Sebelum tu, sempatla kitowg melawat blkg umah feka...
Best gilerr....tau x ade apa...reban itik...excited kitowg main ngan itik...
Maklumla...nak bela xbleh...xde kawasan....abah pun xbagi...tp xpela...
dapat main cmni skali sekala ok gak la...kiut2 je itiknyerr...
kitowg pun sempatlah bergambar kenangan ngan ayah n mak Feka...
Thanks yer pakcik makcik...de rzki kami nak dtg lagi...kikiki...
xmalu sungguh....
:'D

~ Itik2 yg bertuah dpt bergambar ngan kitowang...kikiki...Thanks yer Family Zulfekha ~

Habis begambar sumer...kitowg terus gerak ke Pekan Sedili...
ade 3 sebenanyer...Sedili Besar, Sedili kecik ngan Tanjung Sedili..
Sempat kitowg singgah Sedili Besar dan round2 Tanjung Sedili...
Kecik xsempat...hahahahaha....
Nak masuk Sedili Besar ni pelik cket...mula2 msuk kebun sawit then mcm dlm hutan...
Tetiba keluar dah jumpa pekan...hebat2.....
:'D

~ Welcome to Sedili Besar, rehat2 jap sambil ambik angin ~

Dah gambar2 bagai...Next Destination adalah ke Air terjun Kota Tinggi...
Ondeway tu singgah la Masjid Jamik Kota kowt, xingat la nama masjid tu...
kali ni aku dah yakin dah boleh jamak..so??dah lebih kan...skalikan jela....hehehehehe........
Sebelum tu, benda yang aku nak sangat makan kat Kota ni...baru aku tau Kota Tinggi ni terkenal ngan lauk BELANGKAS...
So memg excited la mencari kedai yg ade jual lauk ni...nasib Feka mahir dan tau tempat2 yang ade jual...
Baru aku tau rasa telur belangkas tu cmne...Tercapai Hajat...Thanks yer Feka bwk kami...
tapi orang ckp, mkn belangkas ade pantang, xboleh minum kopi dan makan ubi!!!...so jaga2 yerr....
kalau tak nanti boleh jadi MABUK!!...nasib sopi minum kopi dah lama time sarapan...
kalaw x mabuk agaknyerr dia...hahahahaha....tapi masih ade Penawar...minumlah Air Kelapa...
InsyaAllah xmabuk dan sihat....kikikiki....
:'D

~ Belangkas masak sambal...siyessss PEDAS gilerr...
Kedai ni nak cili mulut pelanggan2 dia kowt...hohoho~~~

Lepas settle sumer terus la gerak ke Air Terjun...lagilah excited...dah lama xmandi2 air gunung...last pegi xsilap 2010...
ngan family sumerr....Bayaran masuk rm7.50 utk satu kepala....ok la...
Macam bese...aktiviti bergambar terus dijalankan walaupun basah2...
Enjoyyy gambar............
;'D
~ OVER bukan....sukati kitorang la...hahahahaha~~~

~ Masih kering lagi time ni ~

 ~ Sebelum terjun dalam air yang sejukkkk bangat ~~~~

~ Possing2 maut dari kami...Terima jelah yerr~~~~

 ~ Lagi gambar2 OVER!!!!best betul laaa~~~~

 ~ Mandi kejap2 jerk...begambar je lebih...maklumla....bila lagi kan...hahahaha~~~

~ Dah nak balik...sempat lagi benti amek gambar kat entrance...nasibblarrr~~~~
~ Semoga Kami Datang lagi ke Kota Tinggi ni ~
~ Thanks for All ~


~ Jalan-Jalan Kota Tinggi (Part 1) ~


Assalamualaikum WBT...

11-12 September 2012 (Tuesday-Wednesday)
Dah lama betul xupdate blog ni...
dah dekat 2 bulan rasenyer...maklumla...
ADAT berblog...ada pasang surutnyerrr...cewahhh....
kuikuikui...

Kali ni nak citer pengalaman g jalan2 kat Kota Tinggi...
walaupun sebelah daerah jew ngan JB ni...
tp xabes round upenyer aku ni dalam negeri Johor...huhuhu...
pergi ke rumah kawan Al-kauthar aka Sopi...Zulfekha namanya...
Terima kasih xterhingga kepada tuan rumah...

Perjalanan bermula jam 9lebih...Sopi sampai umah, kemas2 barang2 then g sarapan kat larkin,
terjumpa plak orang sebijik macam pokde kitowang...punyerlah tekejut...sabo jela...
Gambar dah snap, tapi jauh sgt...nanti dah siap edit baru leh tunjuk...
kikiki...sebijik OKEH!!!!

Then teruskan perjalanan ke Kota Tinggi, tempat yang dituju di Felda Air Tawar Satu
Rumahnya Zulfekha...sampai lebih kurang kol 12lebih...rehat2 dulu siap tertidur lagi..
OVER sungguh...huhuhu...kitowang gerak lebih kurang kol 2.00pm...lepas lunch ngan zohor semua...
Thanks Makcik masakkan asam pedas ikan kembung yg sangat Superb sedapnyerr....

First destination pergi ke Teluk Sengat, Bergambar di Sungai Johor...
Berlatar belakangkan Jambatan Senai Desaru Expressway (SDE)
Cantik sangat...Indah sungguh Ciptaan Mu Ya Allah....
:'D

~ Jauh sungguh jambatan tu..macam bese..gambar2 dalam ni sumer OVER2..Harap Maklum ~

Then kitowang gerak ke Taman Buaya Teluk Sengat...
Taman Buaya Terbesar di Semenanjung Malaysia...korang mesti xtau kan???hehehe...
Sbb aku pun baru tau bila sampai sini...
Usha2 pakcik google, jumpa blog ni..tgkla...dia de cerita cket2 psl taman buaya ni...lebih kurang sama jew...
Bayaran masuk RM8.00 utk dewasa...kanak2 xsure lak...sbb kitowg xbwk kanak2...kikikiki....
Dapat main acah2 buaya, tgk diowg dekat2...memg syok lah...

~ Kat pintu masuk...bnyk giler tengkorak buaya...besar2 lak tu ~

~ Antara buaya yang ade...ni sumer dah puluh2 tahun..malah ade yg ratusan tahun...memang hebat...besar jangan cakapla...kalaw terjatuh memg xselamat...hohoho~~~

~ 3orang budak yang OVER!!!buaya rilex jew....huhuhuhu~~~

Paling aku nak skali pegang anak dia...tapi xdela anak sgt pun...dah 3 tahun dah...kikikiki....
Akhirnya dapat gak aku pegang buaya...siyesss...tercapai hasrat...bayo pun bayo la..
RM2 je pun...nasibb...
:'D
~ Aku sememangnyer EXCITED...siyess!!!! ~

~ Kamilah jejaka berani....kuikuikui ~

Next kitowg g Melawat Kota Johor Lama...
Ade benteng perisai, Makam Sultan (xingt sultan ape), artifak2 dan mcm2 lagi...
Banyak gak la pengetahuan psl Sejarah Negeri Johor ku yang tercinta ini..kuikui...
walaupun xminat sejarah..tp bila baca info2 yg dipamerkan...aku rasa best lak...ntahla...
maybe sbb sejarah JOHOR kowt...
Gambar dlm muzium xdpt amek...amek kat luar jerk...
:'D
~ Tangga pintu masuk muzium..bangunannya sungguh unik dan indah ukirannyerr....
tp sayang xleh amek gambar....Gambar bwh Papan tanda baru siap...xdela baru sgt pun ~

Dah penat2 tu...kitowg rush blik umah, solat asar, minum2 and terus gerak ke Desaru, Tanjung Balau & Pekan Bandar penawar..
Ingat nak main layang2 tapi bila smpai angin xde la plak...then dah lewat ptg sgt...dah nak gelap...
orang memg kurang la kan sbb weekdays kan...then snap2 picture jap sampai gelap then terus gerak..
:'D
~ Tanjung Balau....Mandi laut pun dah lama xmerasa....xpela...lain kali ~

Then kitowg Maghrib kat masjid Jamik Bandar Penawar..ambik berkat dtg ctu...si sopi dpt la jamak...aku xyakin lagi...hohoho...
So solat maghrib jela ngan feka...
Next kitowg g mkn dekat2 ctu gak...pastu terus gerak ke next Destination...

Sungai Rengit...kitowg bergambar kat Dataran Sungai Rengit...
Berlatar belakang Replika Lobster aka Udang Kara...
Mengikut orang tempatan, tempat ni terkenal dengan lobster kerana ia banyak dan MUDAH terdapat disini berbanding tempat lain...
Ramai juga orang berkunjung disini semata2 untuk menjamu makanan seafood yang tentunya enak2 belaka...
yeke???aku pun xsempat nak merasa....so no komen...huhuhu...
:'D
~ Gambar kitowg xnampak sgt..xpela...yg penting mercu tanda tu ade...kikiki~~

Next kitowang terus bergerak ke Pasir Gudang melalui Senai Desaru Expressway (SDE)...nak lalu jambatan katanya....si Sopi la....haha...
Kitowg ke PG untuk pegi ke umah kakak Feka....maklumla...hari raya kan...so kitowg singgah la...tau x kol berapa sampai...lbh kurang kol 11mlm...
maaf ye kak ganggu mlm2 gini....di hidang pulak mee goreng...sabojela....
sedap btol..Thanks kakak....walaupun dah kenyang, tp mkn jugak...hohoho....
:'D

Then abes tgk Supernatural kol 12mlm..kitowg pun gerak la balik ke Kota...Sampai umah lbh kurang kol satu pagi...lepas tu ape lagi...
Terkorban la atas katil....
Settle hari Pertama...
Part 2 untuk hari kedua...ade ke sudi bace...nasiblarr......ngeeee~~~~~
Best2....
Thanks for All~~
:'D

Thursday, June 21, 2012

~ Tag Crew for SMPG 2012 ~

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah...tag untuk CREW Super Mega Pets Gathering dah siap...
Print, lanyard, cover sumer dah settle....
tinggal pakai je nanti...xsabo plak....
kikiki.....

Jom2 sape2 lagi yang rasa nak pergi sempat lagi....
esok eventnya....Jom2...Mai2....
All Pets Lover are invited...
:'D


~ Cantik kan????kikikiki.... ~
~ Thanks for All ~


Wednesday, June 20, 2012

~ Super Mega Pets Gathering 2012 (Part 2) ~

Assalamualaikum WBT...

Meeting Pertama utk Super Mega Pets Gathering 2012...
11 June 2012
Bertempat di Seksyen 2 serta Dataran Shah Alam...
Jam 9.00mlm hingga 1.00pagi....

Aku pegi ngan Zaim,Din serta Kirel dari Puncak Alam ni....
Then singgah umah Naiman dulu anta cage & br betolak ke seksyen 2...
Banyak perancangan dah dibuat serta pelantikkan AJK-AJK bertugas....
Banyak gak yg memberi kerjasama serta sumbangan yang tidak berbelah bagi...
Terima Kasih diucapkan....
Semoga Usaha kita diberkati dan majlis berlangsung dengan lancar...
InsyaAllah Aminnn.....

Antara orang2 kuat yang akan menjayakan gathering kali ni serta tugas2 nya.....

AJK PROGRAM SERTA TUGASAN PROGRAM SUPER MEGA PETS GATHERING 2012
Pendaftaran
  1. Janggut White
  2. Al – Kauthar
  3. Jali lieys
Tugas :
- Mendaftar Tetamu
- Serah Cawan

  Makanan & Minuman
  1. Kanda Jebat
  2. Suzila Hasyim
  3. Anah Areza
  4. Azman Kamarudin
  5. Muhammad Nabil
  6. Wan Bird
  7. Kamal Kamarul
  8. Najmuddin
  9. Zaim
  10. Zulimy Arifin
  11. Mahsan
  12. Amir Hensem
  13. Suhaimi Ishak
  14. Abu Sofian
  15. Raja Azhar
Tugas :
- Penyediaan Makanan
- Penyediaan Minuman
- Dan lain2 yang berkaitan

  Permainan
  1. Sayang Lulu
  2. Cekodok Basi
  3. Naiman
  4. Muhd Hafiz
Tugas :
- Penyediaan & Menyelia Permainan

  Keselamatan & Teknikal
  1. Hans Kulopo
  2. Faz Cooler
  3. Mohamad Firdaus
  4. Asnawi Saidin
  5. Wan Amirul Japilus
  6. Hafidz Rosly
  7. Helmee Zulkefli
  8. Fareez Abdul Aziz
  9. Putra Imran
Tugas :
- Jadi Security OFFICER...kikikiki
- PA System & Elektrikal Maintenance..

  Kebersihan
  1. Mohd Arif
  2. Mohd Khairil Roslan
Tugas :
- Menyediakan & Menyelia Tempat Sampah

  Cameraman
  1. Amir kacak
  2. Mahsan
  3. Sanggay
  4. Faz Cooler
Tugas :
- Merakam gambar kejadian

Pengacara Majlis
  1. Naiman Eman
Tugas :
- Celoteh la macam DJ tu....

-Sumber - Pets Parrot Club Malaysia

Antara gambar2 yang sempat dirakam semasa meeting berjalan....
enjoyy.....
:'D


~ First buat kat gerai2 mkn seksyen 2..sampai kol 11 lebih...~


~ Then kedai2 semua nak tutup, tepaksa tukar tempat, mula2 nk wat KFC sebelah...xjadik sbb bwk pets kan....susah plak nanti...then decide wat kat dataran Shah Alam...best2.... ~


~ Amir Ezani...Boss Besar...kikikiki...Nicky ngan lemon setia jerk.. ~


~ Sebelum balik sempat lagi tu dok begambar...maklumla...giler glemer sumer org.. ~
~ Thanks for All ~


Tuesday, June 19, 2012

~ Super Mega Pets Gathering 2012 (Part 1) ~

Assalamualaikum WBT...

Lama sungguh xupdate...kali ni nk bitau...
Super Mega Pets Gathering 2012....
Pada Hari Sabtu
Tarikh 23 Jun 2012
Pukul 8.00 pagi 
Bertempat di Gombak Horse Riding Club...

Anjuran group kami, We Love Animals and Pets - Parrot Club Malaysia...
Bolelah click link klw nak tengok2...memg best....

Skng ni, nilah event terdekat kita.....skang memg tgh bizi sgt psl gathering ni...
Harap2 kali ni berjalan lancar serta mengikut seperti yang dirancang...

Macam bese...aku kena lah buat banner & promote kan psl event ni...
buat yg terbaik....So buat masa skng....
Design banner dah siap...selepas bnyk kali komennyer....
ade yg nak tambah gambar ular la..gambar berukla....merajuk la...mcm2...kikikiki...
terbaru kena tambah lak Murai batu....so dekat tag jela...kt banner dah jalan...
then xyah tambah... ^_-

So skng ngah anta printing...
Terima Kasih kat Cikgu Su sbb bantu wat printing...
Thanks sgt2....
:'D


~ Inilah bannernyerr...Alhamdulillah...sgt berpuas ati... ~
~ Thanks for All ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...