Monday, October 15, 2012

~ Iguana Fact & Common Myth ~

Assalamualaikum WBT...
Search2 google, blaja lagi bab iguana....
Banyak lagi ilmu aku kurang psl iggy ni...
Kena tambahkan ilmu & pengetahuan nak bela iggy....
Tertarik nak share apa yg aku jumpa...klw korang dah bese baca..sekadar mengingati...
Sama2lah kita belajar ek..try translate dari page asal...Iguana Den...
Kalaw ayat pelik2 tu, phm2 jelah yerr...then klw salah tolong bitau...kikikiki....
Ni pasal Fakta dan Mitos biasanya berkaitan Iguana...
hihihihi....


MITOS: Iguana hanya akan membesar mengikut saiz sangkar yang kita gunakan.
FAKTA: Iguana yang *BETUL* penjagaannya akan mencapai 5-6 kaki panjang tidak kira saiz sangkar yang kita gunakan.

MITOS: Iguana harus makan salad.
FAKTA: Salad mempunyai hampir tiada nilai pemakanan. Iguana memerlukan diet yang tinggi yang sangat pelbagai dalam sayur-sayuran berdaun hijau, dengan pelbagaikan sayur-sayuran dan buah-buahan.

MITOS: Cahaya haba adalah satu2nya cahaya yang diperlukan oleh iguana saya.
FAKTA: Iguana memerlukan dua jenis cahaya, cahaya haba dan cahaya UVB. Tanpa UVB mencukupi, iguana tidak boleh memproses kalsium dalam diet mereka dan boleh menyumbang kepada Penyakit Tulang Metabolik (Metabolic Bone Disease, MBD) dan jika teruk, boleh menyebabkan kematian.

MITOS: Lampu akuarium atau lampu 'spektrum penuh' akan menghasilkan  UVB yang cukup untuk iguana saya.
FAKTA: Kebanyakan mentol dipasarkan untuk kegunaan ikan, lampu pertumbuhan tumbuhan, atau sebagai mentol 'spektrum penuh' tidak menghasilkan cahaya UVB yang cukup. Carilah satu lampu yang khusus menghasilkan sekurang-kurangnya 5% UVB, seperti jenis ZooMed’s Iguana Light 5.0 or ReptiSun 5.0.

MITOS: Iguana saya boleh mendapatkan UVB melalui tingkap.
FAKTA: Palsu. Spektrum UVB yang iguana perlu tidak tembus melalui kaca atau plastik, dan skrin tingkap mengurangkan kualiti UVB yang diterima. Satu lagi bahaya meletakkan sangkar iggy anda berhampiran tingkap adalah kerana cahaya yang datang melalui tingkap boleh menyebabkan sangkar kaca untuk cepat panas, sekaligus boleh membunuh iguana anda.

MITOS: Mentol UVB saya akan bertahan sehingga ia terbakar atau rosak.
FAKTA: Walaupun mentol UVB terus menghasilkan cahaya yang boleh dilihat, kualiti mentol UVB turun secara drastik dari masa ke masa. Mentol UVB perlu diganti setiap 6 bulan sekali.

MITOS: Makanan anjing atau kucing adalah baik untuk iggy saya dan membuatkan ia membesar dengan lebih cepat.
FAKTA: Iguana adalah haiwan herbivor. Sistem badan mereka tidak boleh memproses protein haiwan (makanan kucing atau anjing, produk daging, serangga, telur, dan sebagainya). Iguana yang makan protein haiwan membesar dengan cepat, tetapi MATI pada usia yang awal disebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

MITOS: Sebuah akuarium/terrarium adalah rumah yang baik untuk iguana.
FAKTA: Iguana adalah arboreal (tinggal di pokok) dan ia memerlukan sangkar besar dengan banyak ketinggian untuk mendaki. Iguana boleh dipelihara dalam akuarium komersial pada umur satu atau dua tahun. Iguana dewasa memerlukan sangkar sekurang-kurangnya 6 kaki tinggi, 5 kaki panjang, dan 3 kaki lebar.

MITOS: Iguana memerlukan teman. Saya boleh menyimpan 2 (atau lebih) iguana dalam sangkar yang sama.
FAKTA: Iguana adalah haiwan bersendirian yang memilih untuk TIDAK berkongsi wilayah mereka. Menempatkan dua iguana dalam satu sangkar yang sama akan menyebabkan isu-isu dominasi, dan paling teruk kematian seekor atau kedua-dua iguana. Iguana juga boleh mati disebabkan oleh tekanan.

MITOS: Saya boleh menyimpan reptilia lain dalam sangkar yang sama dengan iguana saya. (Kura2, cicak, dll.)
FAKTA: Anda tidak boleh menempatkan spesies yang berbeza bersama-sama dlm satu sangkar. Bukan sahaja mereka semua telah berbeza keperluan habitat, tetapi mereka boleh menyebarkan penyakit dan parasit antara satu sama lain, dan boleh menyebabkan tekanan antara satu sama lain.

MITOS: Saya tidak perlu membawa iguana saya berjumpa doktor haiwan, ia hanya reptilia.
FAKTA: Sama seperti haiwan2 lain, iguana anda perlu berjumpa doktor haiwan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Reptilia boleh menyembunyikan tanda-tanda penyakit dengan sangat baik, kerap membawa iguana anda berjumpa doktor haiwan akan membuatkan ia lebih mudah untuk menentukan dan mendiagnosis masalah jika sesuatu berlaku.

MITOS: iguana saya akan memberi saya jangkitan Salmonella.
FAKTA: Iguana, seperti semua reptilia, boleh membawa bakteria Salmonella. Ia sering disebarkan melalui najis. Mengekalkan iguana anda bersih dan sangkarnya serta diri anda sendiri (seperti membasuh tangan anda selepas mengendalikan iguana anda) biasanya mencukupi untuk mengelakkan salmonella. Statistik jangkitan salmonella lebih cenderung kepada makanan ayam yang tidak cukup masak berbanding jangkitan dari reptilia.

MITOS: Iguana tidak mempunyai gigi.
FAKTA: Iguana mempunyai gigi, sangat serupa dengan gigi ikan yu. Satu gigitan penuh iguana boleh menyebabkan jari anda cedera parah.

MITOS: Iguana adalah haiwan yang murah.
FAKTA: Iguana adalah sangat mahal untuk permulaan dan mengekalkan tahap penjagaan dengan betul. Sangkar, makanan, pemanasan, lampu, kelembapan, dan bil-bil doktor haiwan. Ia sangat mahal untuk tahun pertama kebiasaannya.

MITOS: Iguana sesuai dijadikan haiwan kesayangan untuk kanak-kanak.
FAKTA: Iguana tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan untuk kanak-kanak. Mereka boleh berkembang dengan sangat besar, dan menuntut keperluan penjagaan yang tinggi. Iguana juga mengambil masa beberapa bulan atau setahun yang konsisten untuk dijinakkan dan bersosial.

MITOS: Iguana anda tidak akan hidup lebih daripada dua atau tiga tahun.
FAKTA: Okay, itu satu fakta helah. Iguana boleh hidup sehingga 20 tahun, TETAPI, hanya dengan penjagaan yang betul!

MITOS: Iguana tidak boleh berenang.
FAKTA: Ohhh, ya! mereka boleh! Walaupun bayi iguana tidak suka air, semua iguana tahu bagaimana untuk berenang, dan akan menggunakan air seperti ia sedang terbang.

MITOS: Iguana tidak boleh diajar 'potty' trained
FAKTA: Pasti mereka boleh! Ia dipanggil 'tubbing', dan ia adalah satu cara yang berkesan membiarkan iguana anda pergi ke bilik air untuk mandi, berenang, dan minum digabungkan sekali.

MITOS: Jika saya tidak boleh menjaga iguana saya lagi, saya hanya boleh melepaskan dia bebas.
FAKTA: NO! NO! NO! Jika anda tidak boleh menjaga iguana kesayangan anda lagi, maka anda perlu membawanya ke tempat perlindungan atau hubungi agensi haiwan untuk mencari rumah yang boleh menjaga iggy anda. JANGAN LEPASKAN IA BEBAS! Iguana anda akan mati, sama ada atau tidak anda suka, dan ia adalah menyalahi undang-undang di kebanyakan kawasan.

MITOS: Semua kedai haiwan memberitahu saya cara yang betul untuk penjagaan iguana.
FAKTA: Jangan Terpedaya, Sebahagian besar kedai2 haiwan tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menjaga iguana. Anda perlu mengkaji sendiri sebelum anda memiliki iguana, bukan selepas memilikinya!

MITOS: Iguana saya tidak akan mempercayai saya.
FAKTA: Pasti dia akan, jika anda menjaganya dengan sangat baik dan menghabiskan masa dengannya selalu.

MITOS: Iguana adalah mudah untuk dijinakkan.
FAKTA: Iguana adalah amat sukar untuk dijinakkan. Tidak seperti kucing dan anjing yang telah dijinakkan selama beratus-ratus tahun, iguana tidak dibesarkan secara meluas dalam kurungan, dan kebanyakan diimport dari Amerika Selatan secara liar. Mereka adalah haiwan liar, dan ia mengambil banyak masa dan kesabaran untuk dijinakkan serta mendapatkan kepercayaannya. Bukan sesuatu yang luar biasa jika mengambil masa enam bulan hingga setahun atau lebih untuk menjinakkan iguana.

MITOS: Batu panas adalah sumber haba yang baik untuk iguana.
FAKTA: Tidak! Batu panas adalah SANGAT berbahaya untuk iguana. Iguana adalah makhluk arboreal, yang direka untuk mendapatkan haba mereka dari atas. Mereka mempunyai sensor sakit yang sangat sedikit dikawasan perut mereka, dan boleh terjadi melecur teruk dan juga mati di atas batu panas tersebut. Batu-batu panas juga menybabkan 'overheating', yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada iguana.

MITOS: Jika saya tidak mempunyai iguana jantan, iguana betina saya tidak akan bertelur.
FAKTA: Iguana betina agak menyerupai ayam bahawa mereka boleh bertelur subur sama ada atau tidak kehadiran si jantan. Iguana dalam kurungan sering mempunyai kesukaran untuk bertelur, jadi jika anda mengesyaki iguana anda menjadi 'gravid' (penuh telur), sila bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk diperiksa.

Harap2 info2 kali ni amat berguna kepada anda....
~ Thanks for All ~
:'D

10 comments:

  1. bnyk lg pasal iguana ni yg kte tatau kan... take care Ivy n Midut ;-)

    ReplyDelete
  2. Bru je dpt iguana ni 2 mggu lpas..tgh mncari uvb light... dkt mana nak cri ye? Sbb dkt kuantan ni tak ade lah..

    ReplyDelete
  3. Ikhwan.. kalau kat KL rasanya senang sikit nak cari UVB light tu.. setidak2nya waktu sya beli green iguana sya kat Jalan Klang Lama tu, dia ada jual UVB light ni.. maybe boleh mintak tolong kengkawan Ikhwan di KL belikan?

    ReplyDelete
  4. yup...kat KL senang cket ..klw xpegi boleh order online je... skng xsusah carik...

    ReplyDelete
  5. jom join group iguana kat facebook.
    https://m.facebook.com/groups/706854672740059?ref=m_notif&notif_t=group_activity&actorid=100004582353271

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Mohd Aizat tu....
      Marilah sertai kami di Facebook...
      Group "Malaysia Iguana Society"
      Banyak yang kita boleh belajar lagi tentang iguana disana...
      Terima Kasih...
      :D

      Delete
  6. Bolehkah kucing kesayangan dan iguana tinggal serumah? Maksud saya buat masa ini saya ada 2 ekor kucing betina. Tetapi anak lelaki ingin membeli seekor iguana jantan. Adakah haiwan ini akan bercakaran?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...