Alhamdulillah..setelah berminggu2 aku mencari....
Akhirnya dapat gak aku beli Suplement utk Biddy ngan Dibby....
Calcium + Vitamin D3...
Reptile petshop kat JB ni sumer aku singgah...dan semua bagi jawapan yg sama...
TAKDE STOK!!!....sedih btol...
Then aku buat keputusan utk guna cara online & by post...
Mula2 nak amik dari orang...tapi bila kira2 ngan Muezz...
Better aku amik dari Exo Terra...Puas hati...
Atas bantuan Muezz.....Berjaya gak...
Aku beli yg paling besar terus....menunjukkan rasa puas hatiku...
Sesapa yang rasa2 calcium dia dah nak abes...mai umah aku amik...
Sementara stok masih ada....
hahahahaha......
Barang sampai kat umah pada hari Khamis lepas, 18 April 2013...
Serba sedikit Info dari Exo Terra mengenai Calcium + D3 ni...
Aku translate kan dari page asal...
harap berguna...
- Kekurangan kalsium adalah masalah utama pemakanan untuk reptilia yang dipelihara.
- Kalsium Exo Terra + D3 adalah serbuk vitamin tambahan yang mengandungi tahap kalsium dan tiada fosforus serta jumlah yang seimbang vitamin D3 untuk penyerapan kalsium yang optimum dan untuk membantu memastikan kesihatan jangka panjang.
- Vitamin D3 membantu dalam penyerapan kalsium yang sempurna dan penting untuk reptilia peliharaan yang tidak terdedah kepada cahaya matahari semula jadi atau cahaya ultraungu.
- Exo Terra Kalsium + Serbuk vitamin tambahan D3 merupakan makanan pelengkap untuk reptilia.
Arahan pemberian pemakanan :
1) Sayur-sayuran dan buah-buahan :
- Campuran 1/2 sudu Exo Terra Kalsium + D3 dengan 1/2 sudu Exo Terra Multi Vitamin untuk setiap campuran 500g sayur-sayuran dan buah-buahan. Sentiasa menyediakan air minuman segar dan bersih
2) Serangga :
- Campuran nisbah 1:1 bagi Exo Terra Kalsium + D3 dan Exo Terra Multi Vitamin dalam bekas dan letakkan serangga hidup. Tutup dan goncang perlahan-lahan sehingga semua serangga "bersalut". Tiada tambahan lain diperlukan. Sentiasa menyediakan air minuman segar dan bersih
3) Selepas buka, Sila simpan di tempat yang kering
~ Besar kan???Puas Hati!!! hahaha ~~
~ Thanks for All ~
No comments:
Post a Comment