Sunday, May 26, 2013

~ Projek Amal Stray Cat at Johor Bahru ~

Assalamualaikum WBT...
Laporan Lawatan Projek tadi....
26/05/13 (Ahad) Bertempat di No.49, Kampung Tawakal, Seelong, Senai...
Secara keseluruhan...Projek amal tadi berjalan dengan lancar...
Objektif tercapai...Masalah banyak terungkai....
Jadi sekarang...tiba masa untuk kita membantu mana yang mampu...

Sedikit coretan dari saya untuk tatapan dan perhatian dari anda semua...

Keadaan Makcik Mala masih nampak sihat,tapi memerlukan rawatan yang lebih terurus...
Maklumlah...umurnya sudah mahu menjangkau 60 tahun...
Beliau juga telah menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi...
Kos perubatan dirinya terpaksa dikurangkan kerana untuk membantu kelangsungan kucing2 jalanan miliknya...
Namun itu semua tidak mematahkan semangat Makcik Mala untuk terus berbakti kepada kucing2 tersebut...
Makcik Mala memang seorang Insan Mulia yang hebat...sanggup mengorbankan kesenangan hidupnya untuk memelihara kucing2 jalanan yang diselamatkannya...
Tidak kira apa pun cabaran yang datang...Sanggup berlapar dan mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan makanan untuk buah hatinya...
Kucing lah segala-gala baginya....Teringat saya kata2 makcik Mala tadi...
"This is my life"

Keadaan kucing2 pula masih dalam keadaan yang belum memuaskan...ada yang sakit dan ada yang sihat..Ada yg sudah lebih 4tahun tinggal bersama Makcik Mala...

Semua itu dijaga sendiri atas titik peluh usahanya yang tidak berbelah bagi dan tidak pernah rasa penat lelah serta putus asa...
Ada juga bantuan2 dari orang persendirian dan bantuan dari Veterinar yang sangat mengambil berat kucing2nya...
Tapi masih ada yang tidak dapat dibantu secara keseluruhannya...
Kucing2 itu semua ada yang dikutip sendiri, ada yang dijumpa selepas dibuang dan ada yang diserahkan sendiri kepada Makcik mala untuk dipelihara..
Makcik Mala masih sanggup menerima kehadiran kucing2 tersebut walaupun mengetahui dirinya sudah tidak mampu untuk menjaga kesemuanya...

Rumahnya pula amat tidak sesuai kerana Makcik Mala tinggal sebumbung bersama kucing2nya tanpa ada had dan sempadan yang sesuai...

Bilik air juga dikongsi bersama...Ruang tamu,Dapur dan kadang2 Makcik Mala akan tidur bersama kucing2nya...Penyayang sungguh...
Tapiii....ini semua ada had dan limitnya....
Marilah kita berfikir sejenak dan bermuhasabah diri mengenang usaha2 murni Makcik Mala ini...
Sampai bila ia harus terus berkorban dan apa akan jadi pada kucing2nya esok hari apabila............

Cerita ini bukanlah untuk menabur kesedihan dan menambah kepayahan...

TETAPI bertujuan untuk MEMBANTU Makcik Mala yang sangat memerlukan Bantuan2 dari anda semua..

Untuk langkah seterusnya...Pihak Pets Lover Johor yang diketuai oleh Saudara Asrol Nm akan cuba mengumpulkan dana untuk menyiapkan projek pertama iaitu

Kandang dibawah rumah Makcik mala...
ini bertujuan untuk mewujudkan tempat pengasingan atau pusat kuarantin untuk kucing2 yang sakit dari bersama dengan kucing2 yang sihat...
Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan kucing2 tersebut...
Ruang untuk Makcik Mala juga akan diasingkan dari kandang kucing2nya untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan dirinya sendiri...
Buat masa ini...setelah bermesyuarat,bermuafakat,dikira dan dicongak...
Jumlah kutipan yang diperlukan untuk projek ini adalah sebanyak RM1500...
Jadi sumbangan dan derma dari anda semua amatlah diharapkan dan didambakan untuk meneruskan niat murni Makcik Mala ini...
Semoga Tuhan merahmati kehidupan anda semua....
"We Love Animals"

Sebarang Pertanyaan, Keterangan, Sumbangan serta Bantuan,

Bolelah merujuk dan berhubung dengan mereka:

1) Asrol Nm - 013 7722884

2) Norzianah Othman - 019 7112722
3) Qiera Xali- 017 7985346

Mohon share dan sebarkan...Moga2 usaha ini dimudahkan Allah...

Terima Kasih Semua...Jasamu Dikenang...



2 comments:

  1. Mulia hati dia menjaga kesemua kuching-kuching yang memerlukan tempat tinggal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...
      hati makcik mala sangat mulia...
      semoga dia dirahmati bersama kucing2nya...
      :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...