Wednesday, July 10, 2013

~ Salam Ramadhan 1434H ~

Assalamualaikum WBT...
Arini first dah kita berpuasa....
Rabu, 10/07/13...

Salam Ramadhan 1434H...
Sama2lah kita meningkatkan amalan kita sebaiknya...
Selamat Berpuasa...
:D

~ Kuda Idaman ~
~ Thanks for all ~


Sunday, May 26, 2013

~ Projek Amal Stray Cat at Johor Bahru ~

Assalamualaikum WBT...
Laporan Lawatan Projek tadi....
26/05/13 (Ahad) Bertempat di No.49, Kampung Tawakal, Seelong, Senai...
Secara keseluruhan...Projek amal tadi berjalan dengan lancar...
Objektif tercapai...Masalah banyak terungkai....
Jadi sekarang...tiba masa untuk kita membantu mana yang mampu...

Sedikit coretan dari saya untuk tatapan dan perhatian dari anda semua...

Keadaan Makcik Mala masih nampak sihat,tapi memerlukan rawatan yang lebih terurus...
Maklumlah...umurnya sudah mahu menjangkau 60 tahun...
Beliau juga telah menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi...
Kos perubatan dirinya terpaksa dikurangkan kerana untuk membantu kelangsungan kucing2 jalanan miliknya...
Namun itu semua tidak mematahkan semangat Makcik Mala untuk terus berbakti kepada kucing2 tersebut...
Makcik Mala memang seorang Insan Mulia yang hebat...sanggup mengorbankan kesenangan hidupnya untuk memelihara kucing2 jalanan yang diselamatkannya...
Tidak kira apa pun cabaran yang datang...Sanggup berlapar dan mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan makanan untuk buah hatinya...
Kucing lah segala-gala baginya....Teringat saya kata2 makcik Mala tadi...
"This is my life"

Keadaan kucing2 pula masih dalam keadaan yang belum memuaskan...ada yang sakit dan ada yang sihat..Ada yg sudah lebih 4tahun tinggal bersama Makcik Mala...

Semua itu dijaga sendiri atas titik peluh usahanya yang tidak berbelah bagi dan tidak pernah rasa penat lelah serta putus asa...
Ada juga bantuan2 dari orang persendirian dan bantuan dari Veterinar yang sangat mengambil berat kucing2nya...
Tapi masih ada yang tidak dapat dibantu secara keseluruhannya...
Kucing2 itu semua ada yang dikutip sendiri, ada yang dijumpa selepas dibuang dan ada yang diserahkan sendiri kepada Makcik mala untuk dipelihara..
Makcik Mala masih sanggup menerima kehadiran kucing2 tersebut walaupun mengetahui dirinya sudah tidak mampu untuk menjaga kesemuanya...

Rumahnya pula amat tidak sesuai kerana Makcik Mala tinggal sebumbung bersama kucing2nya tanpa ada had dan sempadan yang sesuai...

Bilik air juga dikongsi bersama...Ruang tamu,Dapur dan kadang2 Makcik Mala akan tidur bersama kucing2nya...Penyayang sungguh...
Tapiii....ini semua ada had dan limitnya....
Marilah kita berfikir sejenak dan bermuhasabah diri mengenang usaha2 murni Makcik Mala ini...
Sampai bila ia harus terus berkorban dan apa akan jadi pada kucing2nya esok hari apabila............

Cerita ini bukanlah untuk menabur kesedihan dan menambah kepayahan...

TETAPI bertujuan untuk MEMBANTU Makcik Mala yang sangat memerlukan Bantuan2 dari anda semua..

Untuk langkah seterusnya...Pihak Pets Lover Johor yang diketuai oleh Saudara Asrol Nm akan cuba mengumpulkan dana untuk menyiapkan projek pertama iaitu

Kandang dibawah rumah Makcik mala...
ini bertujuan untuk mewujudkan tempat pengasingan atau pusat kuarantin untuk kucing2 yang sakit dari bersama dengan kucing2 yang sihat...
Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan kucing2 tersebut...
Ruang untuk Makcik Mala juga akan diasingkan dari kandang kucing2nya untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan dirinya sendiri...
Buat masa ini...setelah bermesyuarat,bermuafakat,dikira dan dicongak...
Jumlah kutipan yang diperlukan untuk projek ini adalah sebanyak RM1500...
Jadi sumbangan dan derma dari anda semua amatlah diharapkan dan didambakan untuk meneruskan niat murni Makcik Mala ini...
Semoga Tuhan merahmati kehidupan anda semua....
"We Love Animals"

Sebarang Pertanyaan, Keterangan, Sumbangan serta Bantuan,

Bolelah merujuk dan berhubung dengan mereka:

1) Asrol Nm - 013 7722884

2) Norzianah Othman - 019 7112722
3) Qiera Xali- 017 7985346

Mohon share dan sebarkan...Moga2 usaha ini dimudahkan Allah...

Terima Kasih Semua...Jasamu Dikenang...



Sunday, April 21, 2013

~ Exo Terra : Calcium + D3 ~

Assalamualaikum WBT...
Alhamdulillah..setelah berminggu2 aku mencari....
Akhirnya dapat gak aku beli Suplement utk Biddy ngan Dibby....
Calcium + Vitamin D3...
Reptile petshop kat JB ni sumer aku singgah...dan semua bagi jawapan yg sama...
TAKDE STOK!!!....sedih btol...

Then aku buat keputusan utk guna cara online & by post...
Mula2 nak amik dari orang...tapi bila kira2 ngan Muezz...
Better aku amik dari Exo Terra...Puas hati...
Atas bantuan Muezz.....Berjaya gak...
Aku beli yg paling besar terus....menunjukkan rasa puas hatiku...
Sesapa yang rasa2 calcium dia dah nak abes...mai umah aku amik...
Sementara stok masih ada....
hahahahaha......
Barang sampai kat umah pada hari Khamis lepas, 18 April 2013...

Serba sedikit Info dari Exo Terra mengenai Calcium + D3 ni...
Aku translate kan dari page asal...
harap berguna...

- Kekurangan kalsium adalah masalah utama pemakanan untuk reptilia yang dipelihara.
- Kalsium Exo Terra + D3 adalah serbuk vitamin tambahan yang mengandungi tahap kalsium dan tiada fosforus serta jumlah yang seimbang vitamin D3 untuk penyerapan kalsium yang optimum dan untuk membantu memastikan kesihatan jangka panjang.
- Vitamin D3 membantu dalam penyerapan kalsium yang sempurna dan penting untuk reptilia peliharaan yang tidak terdedah kepada cahaya matahari semula jadi atau cahaya ultraungu.
- Exo Terra Kalsium + Serbuk vitamin tambahan D3 merupakan makanan pelengkap untuk reptilia.

Arahan pemberian pemakanan :

1) Sayur-sayuran dan buah-buahan :
- Campuran 1/2 sudu Exo Terra Kalsium + D3 dengan 1/2 sudu Exo Terra Multi Vitamin untuk setiap  campuran 500g sayur-sayuran dan buah-buahan. Sentiasa menyediakan air minuman segar dan bersih

2) Serangga :
- Campuran nisbah 1:1 bagi Exo Terra Kalsium + D3 dan Exo Terra Multi Vitamin dalam bekas dan letakkan serangga hidup. Tutup dan goncang perlahan-lahan sehingga semua serangga "bersalut". Tiada tambahan lain diperlukan. Sentiasa menyediakan air minuman segar dan bersih

3) Selepas buka, Sila simpan di tempat yang kering

~ Besar kan???Puas Hati!!! hahaha ~~
~ Thanks for All ~


~ Hadiah Pertandingan Mencipta Timeline ~

Assalamualaikum WBT...

14 April 2013 (Ahad)
Alhamdulillah...akhirnya hadiah yg aku menangi selamat sampai kepadaku...
Terlanjur pegi KL ngan Shah Alam...so amik la skali hadiahnya...
Jumpa Kak Su kat TBS...settle sumer...legaaaa.....
cuma sedih xsempat singgah Macau...xdpt cuci mata...
Thanks kat Muezz sbb teman ngan Kak Su atas hadiahnya....Best2....

Aku Dapat Tempat kedua...
Pertandingan Mencipta Timeline utk Group Facebook, Pets - Parrot Club Malaysia (PPCM)
Rezeki gak laaa....walaupun buatnya payah...
tapi xtau la cantik ke tak...tapi bagi aku sgtlah puas ati dengan hasilnya...

Thanks sgt2 pada Kak Suzila ngan Bang Mahsan sebab bertungkus lumus menjayakan pertandingan tersebut...
Sebelum ni aku pernah masuk gak pertandingan Mencipta logo...tapi tak berjaya...
Alhamdulillah kali ni ade rezeki....
:'D

Syarat2 pertandingan mesti menggunakan logo PPCM dan ada gambar2 haiwan peliharaan...
Tadaaaa~~~~inilah hasilnya.....

~ Okey tak??? *click utk gambar jelas ~

~ Ini plak hadiahnya ~
~ Seekor Lovebird Peaceface Lutino Red Eye ~
Comel2....
~ Thanks for All ~


Saturday, March 30, 2013

~ Ivy Bertelur (Part 3) ~

Assalamualaikum WBT...

Video Ivy melahirkan telurnya...
Video ni adalah telur yang ke-10....
Yang lain2 xrakam pun...Tengok live jerk....
Selamat menonton...
:'D

~ Bergolek2 ekor ivy ~
~ Thanks for All ~


~ Ivy Bertelur (Part 2) ~

Assalamualaikum WBT...

Sharing sikit gambar2 yang sempat snap time Ivy lay egg tu....
Tak menyempat2....maklumla....time kemuncak tu selang seminit dua jerk dah kuar next telur...
Haru biru tadi...dahla Hujan masa separuh jalan tu...Berbasah2 nak settlekan Telur2 tu...
Terima Kasih Eka sbb sama2 bertungkus lumus menolong settlekan kerja2 tadi...
Alhamdulillah lega dapat settle sumer msuk bekas....
:'D

~ Baru nak Kuar ~

~ Dah Kuar ~

~ Dalam incubator...hahaha...sangat la incubatornya ~
~ 9 bekas petak, 3 bekas bulat ~
~ Thanks for All ~


~ Ivy Bertelur (Part 1) ~

Assalamualaikum WBT...
Bertarikh 30/03/2013 (Sabtu)
Alhamdulillah....Ivy berjaya Melahirkan telur2 yang selama ini dikandungnya....
Sian Ivy...Penat mengandung...Banyak plak tu...
Tapi akhirnya berjaya dikeluarkan...lega aku...
Bagi sesiapa yang mengikuti kisah [Perkahwinan Midut dan Ivy]
Inilah hasilnya.....Syukur Alhamdulillah...
Harap2 aku berjaya menetaskan telur2 tersebut...
InsyaAllah Aminnnn.....
:'D

Nak share Kronologi Masa kelahiran telur2 tersebut...
Memang sangat details...sbb aku menunggu kat Sebelah Ivy dari mula sampai abes...
Sangatlah Payah tengok Ivy meneran kuar telur2 tu...sadis sgt...
Straight keluar dari telur pertama pada pukul 1.50 ptg sampai telur yang terakhir 10.55 mlm...
Sebenarnya, dah keluar sebiji 27/03/2013 (Rabu) aritu...
So arini baru sambung kuar semua...Harap2 la...

Ivy selesai menimbus sarangnya jam 9.00 mlm tadi...bayangkan lah, start dia timbus pukul 5.20 ptg....
tapi sambil timbus tu sambil bertelur lagi 4 biji....kesian kan???penat agaknyerrr....
so dalam masa 3 jam 40 minit proses nak timbus sarang jerk....lama kan????
dah tinggi dah pasir dikumpulnya....
Saat aku menulis sekarang ni, Ivy dah tidur dah kepenatan...
Cara dia timbus pun best...ada cara2 nya mengikut tertib....Mengikut naluri keibuaannya...
Hebat Allah SWT cipta makhluknya...
kalaw di habitat liar, memg tertutup habis sarang Ivy tu, mesti xperasan tu adalah sarang...
Dah rata mcm biasa jew...cuma bonggol tinggi sikitla...hihihi...
:D

So skng aku tengah eramkan 39 biji telur Ivy dalam Manual Incubator jerk....
xdapat nak beli incubator automatic...xpela....otai kata cara manual pun fertile...
so aku try jela...Kita dah usaha...Allah yang menentukan....

Telur 01 - 3.20 pm (27/03/2013, Rabu)
Telur 02 - 1.50 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 hari
Telur 03 - 2.30 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 40 Minit
Telur 04 - 3.05 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 35 Minit
Telur 05 - 3.10 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 5 Minit
Telur 06 - 3.14 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 4 Minit
Telur 07 - 3.17 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 minit
Telur 08 - 3.20 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 09 - 3.25 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 5 Minit
Telur 10 - 3.31 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 6 Minit
Telur 11 - 3.36 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 5 Minit
Telur 12 - 3.38 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 2 Minit - Kembar 2 biji kuar, tp kecik sgt...
Telur 13 - 3.43 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 5 Minit
Telur 14 - 3.45 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 2 Minit
Telur 15 - 3.46 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 1 Minit
Telur 16 - 3.49 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 17 - 3.52 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 18 - 3.53 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 1 Minit - Macam Rosak
Telur 19 - 3.55 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 2 Minit
Telur 20 - 3.58 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 21 - 4.00 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 2 Minit
Telur 22 - 4.03 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 23 - 4.05 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 2 Minit
Telur 24 - 4.06 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 1 Minit
Telur 25 - 4.09 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 26 - 4.12 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit - Telurnya macam kenyal2
Telur 27 - 4.17 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 5 Minit - Keluar sama tgh Azan Asar
Telur 28 - 4.20 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 Minit
Telur 29 - 4.29 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 9 Minit
Telur 30 - 4.44 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 15 Minit - Telurnya macam kenyal2
Telur 31 - 4.49 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 5 Minit - Telurnya macam kenyal2
Telur 32 - 5.03 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 14 Minit
Telur 33 - 5.11 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 8 Minit
Telur 34 - 5.20 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 9 Minit
Telur 35 - 5.51 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 31 Minit - Macam Rosak
Telur 36 - 5.57 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 6 Minit
Telur 37 - 7.00 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 63 Minit - Telurnya macam kenyal2
Telur 38 - 7.32 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 32 Minit - Telurnya macam kenyal2
Telur 39 - 10.55 pm (30/03/2013, Sabtu) Beza 3 jam 23 Minit

Moga2 Berjaya Menetas la telur2 ni....
Dan aku berjaya memelihara mereka sehingga besar...
InsyaAllah Aminnnn.....

~ Sian Ivy sampai tekangkang abes!!!!Memang Ibu yang sanggup berkorban ~
*Gambar2 kita tengok pada entry " Ivy Bertelur (Part 2) " nanti....
~~ Thanks for All ~~


Friday, March 29, 2013

~ New Member (Bearded Dragon) ~

Assalamualaikum WBT...

07/03/2013 (Khamis)
Alhamdulillah...Akhirnya....Next Wishlist aku iaitu Bearded Dragon telah berjaya kumiliki....
Setelah banyak ujian dan cabaran...
Berjaya juga akhirnya....Syukurrr...

Terima Kasih yang tak Terhingga kepada Muezz sebab membantu aku mendapatkan BD ni...
First delivery aku xdpt amik...So Muezz jagakan sehingga Sebulan lamanya...
Second delivery baru aku berpeluang ke Serdang untuk mendapatkan anak2 baru ku...huhuhu....
Gembira sungguh....

InsyaAllah niat aku untuk Breed diowang bila umurnya setahun....
Tapi baru perancangan jela...
Kita merancang tapi Allah yang menentukan....Betul tak????

Female : Namanya Biddy, 2 bulan, Normal colour, Hatch 05/01/2013
Male : Namanya Dibby, 1 bulan, Normal colour, Hatch 05/02/2013
So mereka matang dalam masa setahun InsyaAllah.....
Female Matang 0501/2014 dan Male matang dalam 05/02/2014...
So aku merancang nak Kahwinkan diowang pada 05/03/2014...
InsyaAllah.....

~ Awal2 penerimaan...Dibby xmo makan sampai kurus dah....
Thanks otai sbb bantu aku settlekan problem tu...
Skng Alhamdulillah sudah semakin Sihat ~

~ Makin membesar...Alhamdulillah ~
~ Kiri Dibby. Kanan Biddy ~
~ Thanks for All ~


Tuesday, March 26, 2013

~ Iguana Anatomy ~

Assalamaualaikum WBT...

Dah lama nak share pasal Anatomy Iguana ni...
Maklumlah....bila blaja anatomy manusia...so kena lah blaja gak
anatomy pet2 kita yang ade ni...
So buat masa ni sempatlah share cket tentang anatomy iguana...

Sebenarnya Sangat Penting kita study pasal anatomy haiwan ni ....
Bukan apa, sebagai contoh...kita baca article tentang iguana, jadi bila disebut bahagian2 tertentu iguana,
kita mudah faham tentang penerangan tersebut dan mendapat gambaran jelas tentangnya...

Selain tu, kita boleh juga mengetahui sesuatu perkara tentang Penyakit2 iguana,
mudah faham tempat2 yang sakit atau bahagian2 yang terlibat dalam masalah tersebut....

Article saya refer dari Herp Center Network by Richard Brooks & Lacey LaDuke
Harap2 pembaca2 semua dapatlah mengetahui serba sedikit tentang Anatomy Iguana ini...
Gambar Rujukan adalah ASAL dari Iguana Jagaan saya...Ivy dan Midut

Model : Ivy

Dewlap : An iguanas dewlap is a flap of skin that serves several purposes
Subtympanic Shield : The subtympanic shield serves little purpose. It is possible its large size would help dissuade predators by fooling them into believing it is a large eye or it may help to break up the iguanas shape amongst the trees
Eye : Iguanas have very keen eyesight and can see shapes, shadows, colors and movement at long distances
Mouth : The iguanas mouth is lined with small teeth designed to shred vegetation. These same teeth are capable of lacerating human flesh extensively
Nostril : The nostril of an iguana is used to breathe and expel excess salts as a result of their digestive process
Eye Ridge : The protrusion, or "ridge" above the eye
Nuchal Crest : An ornamental projection of small spikes found on the back of the neck (nape), behind the fatty deposits
Caudal Spines : These are the spines that run along the ridge of the back and tail. These spikes may serve more than the purpose of simply making the iguana an attractive species
Tympanum (Ear) : Iguanas have good hearing and can pick up sounds best in the 500 - 3,000Hz range
Jowl : The jowls are skin and muscle that seem to "hang" on either side of the head. Males have significantly large and more defined jowls than females do
Tuberculate Scales : Tuberculate scales are small tubular spikes that protrude behind the tympanum, above the front limbs and can come in a variety of colors

Model : Midut

Brain Bumps : The bumps on an iguanas head are not truly "brain bumps", they are actually fatty deposits that are a characteristic found in male iguanas
Rostral Horn : The rostral horn can appear alone or in a set of 2 or 3 and are not found on all iguanas. They can also be different sizes


Parietal Eye : The parietal eye, often called the third-eye, is photoreceptive and is used by the iguana to detect changing light patterns overhead. This ability allows them to detect predators (like birds) as they cast their shadow. Unlike a true eye, the parietal eye doesn't actually see shapes

Diharap entry kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca semua...
~~ Thanks for All ~~


Tuesday, January 15, 2013

~ Merlin Last Season ~

Assalamualaikum WBT...

14/01/2013 (Isnin)
Sape yg pernah baca blog ku ini...
Dahulu kala selalu aku citerkan pasal obsesku terhadap kisah Merlin...
Sedihnya dah sampai Season Akhir...
Semalam selesai untuk Season 5 merangkap season terakhir untuk cerita Merlin kat TV3...
Tapi apakan daya...dah xde sambungan....
Seperti dlm lipatan sejarah mereka...
Memang King Arthur Mati akhirnya...
So sad...
:'(

Selesai sudah penantian aku mangakhiri kisah Merlin si Tukang Gaji DiRaja...
Gaius jugak tak mati2...umur panjang.....ngeee~~~~
:'D

Wednesday, January 9, 2013

~ Lesen Perhilitan ~

Assalamualaikum WBT...

10/01/2013 (Rabu)
Entry Pembuka Tirai untuk Tahun 2013

Arini first time g Jabatan Perhilitan Negeri Johor...
Setelah bertangguh sampai nak dekat 2 bulan...
Sampai gak aku kat sini...

Tujuan nak Renew Lesen Iguana...
Tapi tulah...dah expired nak dekat 2 bulan...
Sepatutnya renew 14 hari selepas expired date...23/11/2012...
Tapi arini baru sempat datang...
so tak settle la...salah aku gak bertangguh...

So kena tggu office call baru leh tahu camne nak settle...
Sama ada aku kena Denda Bayar Kompaun baru renew atau tak...
Tak pun aku kena settle kan kat Perhilitan Selangor dulu baru tukar sini...
Sebab alamat lesen sebelum ni kat Selangor...
Aduiii.......sabojela....

Harap2 settle cepatlah....
Lega aku nanti...
Mudah2an...
Aminnn...
:'D

~ Perhilitan Negeri JOHOR ~
~ Thanks for All ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...