Showing posts sorted by relevance for query iguana. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query iguana. Sort by date Show all posts

Monday, October 15, 2012

~ Iguana Fact & Common Myth ~

Assalamualaikum WBT...
Search2 google, blaja lagi bab iguana....
Banyak lagi ilmu aku kurang psl iggy ni...
Kena tambahkan ilmu & pengetahuan nak bela iggy....
Tertarik nak share apa yg aku jumpa...klw korang dah bese baca..sekadar mengingati...
Sama2lah kita belajar ek..try translate dari page asal...Iguana Den...
Kalaw ayat pelik2 tu, phm2 jelah yerr...then klw salah tolong bitau...kikikiki....
Ni pasal Fakta dan Mitos biasanya berkaitan Iguana...
hihihihi....


MITOS: Iguana hanya akan membesar mengikut saiz sangkar yang kita gunakan.
FAKTA: Iguana yang *BETUL* penjagaannya akan mencapai 5-6 kaki panjang tidak kira saiz sangkar yang kita gunakan.

MITOS: Iguana harus makan salad.
FAKTA: Salad mempunyai hampir tiada nilai pemakanan. Iguana memerlukan diet yang tinggi yang sangat pelbagai dalam sayur-sayuran berdaun hijau, dengan pelbagaikan sayur-sayuran dan buah-buahan.

MITOS: Cahaya haba adalah satu2nya cahaya yang diperlukan oleh iguana saya.
FAKTA: Iguana memerlukan dua jenis cahaya, cahaya haba dan cahaya UVB. Tanpa UVB mencukupi, iguana tidak boleh memproses kalsium dalam diet mereka dan boleh menyumbang kepada Penyakit Tulang Metabolik (Metabolic Bone Disease, MBD) dan jika teruk, boleh menyebabkan kematian.

MITOS: Lampu akuarium atau lampu 'spektrum penuh' akan menghasilkan  UVB yang cukup untuk iguana saya.
FAKTA: Kebanyakan mentol dipasarkan untuk kegunaan ikan, lampu pertumbuhan tumbuhan, atau sebagai mentol 'spektrum penuh' tidak menghasilkan cahaya UVB yang cukup. Carilah satu lampu yang khusus menghasilkan sekurang-kurangnya 5% UVB, seperti jenis ZooMed’s Iguana Light 5.0 or ReptiSun 5.0.

MITOS: Iguana saya boleh mendapatkan UVB melalui tingkap.
FAKTA: Palsu. Spektrum UVB yang iguana perlu tidak tembus melalui kaca atau plastik, dan skrin tingkap mengurangkan kualiti UVB yang diterima. Satu lagi bahaya meletakkan sangkar iggy anda berhampiran tingkap adalah kerana cahaya yang datang melalui tingkap boleh menyebabkan sangkar kaca untuk cepat panas, sekaligus boleh membunuh iguana anda.

MITOS: Mentol UVB saya akan bertahan sehingga ia terbakar atau rosak.
FAKTA: Walaupun mentol UVB terus menghasilkan cahaya yang boleh dilihat, kualiti mentol UVB turun secara drastik dari masa ke masa. Mentol UVB perlu diganti setiap 6 bulan sekali.

MITOS: Makanan anjing atau kucing adalah baik untuk iggy saya dan membuatkan ia membesar dengan lebih cepat.
FAKTA: Iguana adalah haiwan herbivor. Sistem badan mereka tidak boleh memproses protein haiwan (makanan kucing atau anjing, produk daging, serangga, telur, dan sebagainya). Iguana yang makan protein haiwan membesar dengan cepat, tetapi MATI pada usia yang awal disebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

MITOS: Sebuah akuarium/terrarium adalah rumah yang baik untuk iguana.
FAKTA: Iguana adalah arboreal (tinggal di pokok) dan ia memerlukan sangkar besar dengan banyak ketinggian untuk mendaki. Iguana boleh dipelihara dalam akuarium komersial pada umur satu atau dua tahun. Iguana dewasa memerlukan sangkar sekurang-kurangnya 6 kaki tinggi, 5 kaki panjang, dan 3 kaki lebar.

MITOS: Iguana memerlukan teman. Saya boleh menyimpan 2 (atau lebih) iguana dalam sangkar yang sama.
FAKTA: Iguana adalah haiwan bersendirian yang memilih untuk TIDAK berkongsi wilayah mereka. Menempatkan dua iguana dalam satu sangkar yang sama akan menyebabkan isu-isu dominasi, dan paling teruk kematian seekor atau kedua-dua iguana. Iguana juga boleh mati disebabkan oleh tekanan.

MITOS: Saya boleh menyimpan reptilia lain dalam sangkar yang sama dengan iguana saya. (Kura2, cicak, dll.)
FAKTA: Anda tidak boleh menempatkan spesies yang berbeza bersama-sama dlm satu sangkar. Bukan sahaja mereka semua telah berbeza keperluan habitat, tetapi mereka boleh menyebarkan penyakit dan parasit antara satu sama lain, dan boleh menyebabkan tekanan antara satu sama lain.

MITOS: Saya tidak perlu membawa iguana saya berjumpa doktor haiwan, ia hanya reptilia.
FAKTA: Sama seperti haiwan2 lain, iguana anda perlu berjumpa doktor haiwan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Reptilia boleh menyembunyikan tanda-tanda penyakit dengan sangat baik, kerap membawa iguana anda berjumpa doktor haiwan akan membuatkan ia lebih mudah untuk menentukan dan mendiagnosis masalah jika sesuatu berlaku.

MITOS: iguana saya akan memberi saya jangkitan Salmonella.
FAKTA: Iguana, seperti semua reptilia, boleh membawa bakteria Salmonella. Ia sering disebarkan melalui najis. Mengekalkan iguana anda bersih dan sangkarnya serta diri anda sendiri (seperti membasuh tangan anda selepas mengendalikan iguana anda) biasanya mencukupi untuk mengelakkan salmonella. Statistik jangkitan salmonella lebih cenderung kepada makanan ayam yang tidak cukup masak berbanding jangkitan dari reptilia.

MITOS: Iguana tidak mempunyai gigi.
FAKTA: Iguana mempunyai gigi, sangat serupa dengan gigi ikan yu. Satu gigitan penuh iguana boleh menyebabkan jari anda cedera parah.

MITOS: Iguana adalah haiwan yang murah.
FAKTA: Iguana adalah sangat mahal untuk permulaan dan mengekalkan tahap penjagaan dengan betul. Sangkar, makanan, pemanasan, lampu, kelembapan, dan bil-bil doktor haiwan. Ia sangat mahal untuk tahun pertama kebiasaannya.

MITOS: Iguana sesuai dijadikan haiwan kesayangan untuk kanak-kanak.
FAKTA: Iguana tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan untuk kanak-kanak. Mereka boleh berkembang dengan sangat besar, dan menuntut keperluan penjagaan yang tinggi. Iguana juga mengambil masa beberapa bulan atau setahun yang konsisten untuk dijinakkan dan bersosial.

MITOS: Iguana anda tidak akan hidup lebih daripada dua atau tiga tahun.
FAKTA: Okay, itu satu fakta helah. Iguana boleh hidup sehingga 20 tahun, TETAPI, hanya dengan penjagaan yang betul!

MITOS: Iguana tidak boleh berenang.
FAKTA: Ohhh, ya! mereka boleh! Walaupun bayi iguana tidak suka air, semua iguana tahu bagaimana untuk berenang, dan akan menggunakan air seperti ia sedang terbang.

MITOS: Iguana tidak boleh diajar 'potty' trained
FAKTA: Pasti mereka boleh! Ia dipanggil 'tubbing', dan ia adalah satu cara yang berkesan membiarkan iguana anda pergi ke bilik air untuk mandi, berenang, dan minum digabungkan sekali.

MITOS: Jika saya tidak boleh menjaga iguana saya lagi, saya hanya boleh melepaskan dia bebas.
FAKTA: NO! NO! NO! Jika anda tidak boleh menjaga iguana kesayangan anda lagi, maka anda perlu membawanya ke tempat perlindungan atau hubungi agensi haiwan untuk mencari rumah yang boleh menjaga iggy anda. JANGAN LEPASKAN IA BEBAS! Iguana anda akan mati, sama ada atau tidak anda suka, dan ia adalah menyalahi undang-undang di kebanyakan kawasan.

MITOS: Semua kedai haiwan memberitahu saya cara yang betul untuk penjagaan iguana.
FAKTA: Jangan Terpedaya, Sebahagian besar kedai2 haiwan tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk menjaga iguana. Anda perlu mengkaji sendiri sebelum anda memiliki iguana, bukan selepas memilikinya!

MITOS: Iguana saya tidak akan mempercayai saya.
FAKTA: Pasti dia akan, jika anda menjaganya dengan sangat baik dan menghabiskan masa dengannya selalu.

MITOS: Iguana adalah mudah untuk dijinakkan.
FAKTA: Iguana adalah amat sukar untuk dijinakkan. Tidak seperti kucing dan anjing yang telah dijinakkan selama beratus-ratus tahun, iguana tidak dibesarkan secara meluas dalam kurungan, dan kebanyakan diimport dari Amerika Selatan secara liar. Mereka adalah haiwan liar, dan ia mengambil banyak masa dan kesabaran untuk dijinakkan serta mendapatkan kepercayaannya. Bukan sesuatu yang luar biasa jika mengambil masa enam bulan hingga setahun atau lebih untuk menjinakkan iguana.

MITOS: Batu panas adalah sumber haba yang baik untuk iguana.
FAKTA: Tidak! Batu panas adalah SANGAT berbahaya untuk iguana. Iguana adalah makhluk arboreal, yang direka untuk mendapatkan haba mereka dari atas. Mereka mempunyai sensor sakit yang sangat sedikit dikawasan perut mereka, dan boleh terjadi melecur teruk dan juga mati di atas batu panas tersebut. Batu-batu panas juga menybabkan 'overheating', yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada iguana.

MITOS: Jika saya tidak mempunyai iguana jantan, iguana betina saya tidak akan bertelur.
FAKTA: Iguana betina agak menyerupai ayam bahawa mereka boleh bertelur subur sama ada atau tidak kehadiran si jantan. Iguana dalam kurungan sering mempunyai kesukaran untuk bertelur, jadi jika anda mengesyaki iguana anda menjadi 'gravid' (penuh telur), sila bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk diperiksa.

Harap2 info2 kali ni amat berguna kepada anda....
~ Thanks for All ~
:'D

Tuesday, March 26, 2013

~ Iguana Anatomy ~

Assalamaualaikum WBT...

Dah lama nak share pasal Anatomy Iguana ni...
Maklumlah....bila blaja anatomy manusia...so kena lah blaja gak
anatomy pet2 kita yang ade ni...
So buat masa ni sempatlah share cket tentang anatomy iguana...

Sebenarnya Sangat Penting kita study pasal anatomy haiwan ni ....
Bukan apa, sebagai contoh...kita baca article tentang iguana, jadi bila disebut bahagian2 tertentu iguana,
kita mudah faham tentang penerangan tersebut dan mendapat gambaran jelas tentangnya...

Selain tu, kita boleh juga mengetahui sesuatu perkara tentang Penyakit2 iguana,
mudah faham tempat2 yang sakit atau bahagian2 yang terlibat dalam masalah tersebut....

Article saya refer dari Herp Center Network by Richard Brooks & Lacey LaDuke
Harap2 pembaca2 semua dapatlah mengetahui serba sedikit tentang Anatomy Iguana ini...
Gambar Rujukan adalah ASAL dari Iguana Jagaan saya...Ivy dan Midut

Model : Ivy

Dewlap : An iguanas dewlap is a flap of skin that serves several purposes
Subtympanic Shield : The subtympanic shield serves little purpose. It is possible its large size would help dissuade predators by fooling them into believing it is a large eye or it may help to break up the iguanas shape amongst the trees
Eye : Iguanas have very keen eyesight and can see shapes, shadows, colors and movement at long distances
Mouth : The iguanas mouth is lined with small teeth designed to shred vegetation. These same teeth are capable of lacerating human flesh extensively
Nostril : The nostril of an iguana is used to breathe and expel excess salts as a result of their digestive process
Eye Ridge : The protrusion, or "ridge" above the eye
Nuchal Crest : An ornamental projection of small spikes found on the back of the neck (nape), behind the fatty deposits
Caudal Spines : These are the spines that run along the ridge of the back and tail. These spikes may serve more than the purpose of simply making the iguana an attractive species
Tympanum (Ear) : Iguanas have good hearing and can pick up sounds best in the 500 - 3,000Hz range
Jowl : The jowls are skin and muscle that seem to "hang" on either side of the head. Males have significantly large and more defined jowls than females do
Tuberculate Scales : Tuberculate scales are small tubular spikes that protrude behind the tympanum, above the front limbs and can come in a variety of colors

Model : Midut

Brain Bumps : The bumps on an iguanas head are not truly "brain bumps", they are actually fatty deposits that are a characteristic found in male iguanas
Rostral Horn : The rostral horn can appear alone or in a set of 2 or 3 and are not found on all iguanas. They can also be different sizes


Parietal Eye : The parietal eye, often called the third-eye, is photoreceptive and is used by the iguana to detect changing light patterns overhead. This ability allows them to detect predators (like birds) as they cast their shadow. Unlike a true eye, the parietal eye doesn't actually see shapes

Diharap entry kali ni dapat memberi manfaat kepada pembaca semua...
~~ Thanks for All ~~


Saturday, October 29, 2011

~ Qaqoi & Giko si Iguana ~

Assalamualaikum WBT....

Nak share gambar seekor iguana milik Love lulu...Qaqoi namanya...
dan milik bed blanket...Giko namanya....
tolong jagakan dlm 4hari...24/10/2011-29/10/2011
sbb dia pegi Melaka....selalu aku je yg mintak tolong bie jagakan....Thanks bie...
so skng giliran aku plak...ngeeee~~~best2.....takut gak jaga anak org ni...
bie anta 3baby arnab & 2baby iguana...
memg syok abess....meriah lg umah ni...
tapi skng dah anta blik..sbb diowg dah rindu ngan anak masing2...
huhuhuhuhu~~~~
:'|

qaqoi the iguana
~ Qaqoi ~

giko the iguana
~ Giko ~

qaqoi the iguana
~ Qaqoi lagi...gambar baby rabbit xingt nk amek....ngeeee ~
~ Thanks for All ~


Friday, August 6, 2010

~ I g u a n a ~


Hai...lame xpost...
Arini nak kongsi pet baru....hehehe.....

Iguana yang sangat jinak....like2~~~
Iguana yang sangat manje....like2~~~
Iguana yang sangat comel....like2~~~
Iguana yang sangat baik....like2~~~
Iguana yang sangat best....like2~~~
Iguana yang sangat cerdik & bijak....like2~~~

Tapi name xde lg...sesape de cadngan name utk die....yg bes2....hehe....
Tgk la gamba2 die....



Tuesday, March 15, 2011

~ Gambar Terbaru 'Nicky' - My Green Iguana ~


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Nak update wajah terbaru 'Nicky'...
My First Green Iguana...
Skang dah hampir 7bulan memeliharanya....
Beli pada 05/08/2010...waktu tu umur dia lebih kurang 5bulan....
means lahir dlm bulan March camtula...
So maybe umur dia skng dah setahun....
agak2 btol kew????sbb xcnfirm kan dia lahir bila...
5bulan tu mengikut ckp tokey petshop je...
agak2 sesape yg mahir tentang iguana leh tgk gambar ni agak2 dia umur brape....
nak kepastian...huhuhuhuhu~~~~~

Harap2 aku berjaya memeliharanya sehingga besar sebesar2 nya & sehingga akhir hayat....
InsyaAllah...aminnn~~~~~

~ Panjang sudah 1kaki lbih cket...klw dari kepala ke hujung ekor...huhuhu~~~

~ Comel bukan???bagi sesiapa yg memahami...hehehehe~~~
~ Bahagian kulit kepala hingga setengah badan sudah mula pudar...
nak salin kulit latu....xlama lagi tanggal la... ~
~ Thanks for All... ~


Friday, January 6, 2012

~ Lawatan ke Rumah Kenalan (Najmuddin & Za'im) ~

Assalamualaikum WBT...

06/01/2012 (Jumaat)
Alhamdulillah...akhirnya harini dpt gak aku g umah kenalan aku ni...
Macam selalu lah..ayat nak ngengade...xdela...sbb br je kenal kan...mestilah sebut kenalan...
Bnyk dah entry aku psl 'Lawatan Rumah Kenalan' ni....maklumla...org bnyk kawan...aku rasa Friendlist aku kat FB tu dah seribu lebih...ish ish...nk wt cne...semua aku kenal & bnyk dtg dari kawan2 yg semuanya Pencinta Pets dan Haiwan2 lain....ngeee~~~~

Kali ni pegi ngan hairi lah sape lg...credit to hairi sbb tolong snap picture...
maklumlah...org xde HP canggih...huhuhu~~~

Maklumlah...skng ni bnyk sgt laman sosial yg boleh ketemukan kami2 ni sebagai pencinta haiwan....Contohnyer Group di Facebook lah...cer Click klw nak join...hehe~~

*We Love Animals*
*Hedgie Owner Group*

So kali ni...aku g umah Najmuddin & Za'im...Mereka ni upenyer dok dekat jerk kat Puncak Alam ni...Student UiTM gak upenyerrr....
Cuma skng br berkesempatan melawat & kenal mengenali satu sama lain...
Yang penting issue yg diceritakan adalah mengenai pets2 yang dipelihara...huhuhu~~
Bnyk gak pets yg diowg ade bela...meriah btul klw satu rumah suka bela sama2...

Ada hedgehog,Sugar glider,iguana dan........

Paling Puas hati kali ni dapat main ngan Reticulated Phyton...
Bestnyer Ya Allah......xsabo rasa nk adopt sekor BUT.....
Sabo arep....InsyaAllah suatu hari nanti...
InsyaAllah aminnnn......

Layanan diowg pun memg sangat baik...xrugi aku g melawat diowg td...
Hope pasni lehlah kita gathering sesama...share2 experience memasing...
Jemputlah dtg umah sewa aku gak yer korg...huhuhu~~~
tp xdela bnyk pets sgt....bese2 jew....
:'D

hedgehog
~ Salah sekor hedgie milik Za'im...chomel sgt2...siyes ~

hedgehog
~ Ini plak antara mutation2 yg ada...memg geram...ni br cket...
ade lg yg xsempat amek gambar...maklumlah...org dah start breed...
yg ade dlm cage lain tu mak ngan baby2 dia...puas aku main2 tadi..dahlah jinak ~

Male Iguana
~ Ini plak iguana milik Din, Jantan plak tu...klw lah dapat kawankan ngan Nicky..mesti best...umur jantan ni pun dah 2 tahun lebih..lebih kurang ngan nicky, cuma tua cket ~
Maaflah,gambar aku yg telebih...salah position....ngeee~~~

reticulated snake
~ Hah!!!nilah dia si Ujang...Retic yg sgt jinak...bestnyeerrrr ~

reticulated snake
~ Ujang agak lincah....kata din umur dia maybe dah setahun lebih ~

reticulated snake
~ Jinak sungguh...sebenanyer ada lagi sekor yg kecik..tp lupa nk snap...huhu~~

reticulated snake
~ Takkan ku lupa saat bermain ngan ujang ni...Sabo2...~
~ Thanks for All ~


Wednesday, November 30, 2011

~ Renew Lesen Nicky (My Iguana) ~

Assalamualaikum WBT...

24/11/2011 (Khamis)
First time aku pg Perhilitan...

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
886, Jalan Lanar 8/15
Seksyen 8, 40664
Shah Alam,Selangor

Ingatkan ramai org time tu...maklumlah...sbb dah nak akhir tahun kan...
bnyk lah lesen2 yg dah nak expired....tup tup aku sorg je kat situ buat urusan..
haha...Ingatkan bizi cam Pejabat Pos or Bank2 ke...
hahaha~~~

Renew lesen iguana tu sekejap jerk...
yang penting cukup semua keperluan...sbb dah nk expired kan..tu yg trus buat tu...
klw x mesti tangguh2 lagi...
So nilah lesen pertama aku yang sebenar...sbb sebelum ni just guna Surat Kebenaran Sementara...Alhamdulillah.....so boleh lah bwk Nicky jalan2..dah x takut....
yeyyy!!!!!~~~
:'D

Satu lagi Maklumat yg aku dpt tau...
Upenyer lesen2 kita ni xboleh dipindah milik...
Maksudnya klw nk tukar nama pon TAK BOLEH LANGSUNG!!!!
Then akak tu bitau...klw pemegang lesen ni meninggal dunia...
Yang boleh ganti pun hanya keluarga/adik beradik...
KAWAN2 memg xboleh...Harapan jelaa....
Info yg berguna & Sangat mengecewakan...
huhuhu~~~~

Logo PERHILITAN)
~ Thanks for All ~


Sunday, October 7, 2012

~ Percubaan Breed Iguana ~


Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah....
Buat masa skng masih try menjalankan kajian serta experiment tentang nak breed iguana....
saje jew...nak try kan...manelah tau menjadi...
Thanks sgt2 kepada saudara Jai aka De Berk selaku penyumbang iggy jantan...kikiki...
Semoga breeding season diowg datang cepat & bolelah teruskan usaha murni ku ini...

Tempat tinggal dah ok rasanya...
Pihak keluarga jantan ngan betina semua dah tahu...
tinggal tunggu nikah ngan mengawan jerk...hihi..
Mudah2an elok semuanya...
InsyaAllah aminnn~~~

Dengan ini kami menjemput saudara saudari dtg utk memeriahkan lagi Majlis Walimah anak2 kami...
Pengantin Jantan: Midut bin Jai (12 Tahun) bersama pasangannya...
Pengantin Betina: Ivy binti Arep (8 Tahun)
Tarikhnya xtau lagi....nanti baru diumumkan...
Jemput Datang yerr....
Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kami ini..
Terima Kasih...

~ Kad Jemputan ~

~ Lokasi Majlis Perkahwinan ~
~ Thanks for All ~


Thursday, May 5, 2011

~ Iguana Uptown Damansara ~


Assalamualaikum WBT...


24/04/2011 (Sunday)
pergi Uptown Damansara....
Tgk Iguana....
Umur 12 tahun....Jantan...Besar giler....
Owner Encik Ismail...Bnyk kali msok newspaper....
sempat berbual & tanya knape Nicky susah nk jinak...
Dah dpt jwpannyer...tggu dia umur 2tahun...
bela dlm rumah....klw dlm sgkar memg susah jinak...
sbb dia ada sifat territory dia....
yeyyyy!!!!!~~~

~ Malam...dia nak tidur...ssshhhh~~~~
~ Tengoklah "bendera" bwh dagu dia tuh...boleh buat kain..hehehe~~

~ Memg besar giler....best2....huhuhu~~~
~ Thanks for All ~


Sunday, October 30, 2011

~ Nicky plak Gigit ~

Assalamualaikum WBT...

Semalam, 29/10/2011 (Sabtu)..
Ehtah knapa Nicky skng asyik wat hal jerk...
semalam dia gigit tangan aku...marah latu sbb xbg dia kuar...
sian dia...mslahnyer..klw dia main kt luar xde sape jaga...
kang ilang...xpasal2 menangis aku wooo...huhuhu~~~
mula2 dia dok bwah..then dgn selamba je naik kt tingkap then nk kuar....
aku pg la nk amek dia kan..dah la tgh mkn time tu...tepaksa amek guna tgn kiri..
ntah knapa,tetiba dia marah & NGAP tgn aku...
wuuuu....sakit woo....tp arini nasib cm dah ok cket...
hrap2 xde pape la...aminnnn~~~~
:'D

iguana bite
~ Bekas gigitan..dlm wooo..tapi dah ok rini..So berhati2lah dgn MOOD iguana anda ~
~ Thanks for All ~


Sunday, July 10, 2011

~ Lawatan ke Zoo Johor 2011 (Part 2) ~

Assalamualaikum WBT....

Pada 03/07/11 (Sunday)
Pergi lagi Zoo Johor buat kali kedua....
Tapi kali ni pergi bertiga je...
Aku,Eka & Sopi....
Sepatutnyer lagi sorg ade...
Si Muezz..tapi tetibe plak cancel...sabo jela...

Seperti biasa...Istimewanya sbb ade Bird Show...
Gambar pon xbnyk....Gambar burung dah post aritu kan...
Kali ni gambar ape lagi...Red Iguana yg sekor tulah...
ngan Badak air...itupon sbb Muezz yg suroh amek...
klw x memg hagham lah aku nk amek gambar dia...hehehehe~~
Enjoy....
:'D

Petang tu plak pergi Perling Mall sbb ade Cat Show...
yeyyyy!!!!~~

~ Sangat besar & cantik Red Iguana ni....terpesona aku...kihkihkih...
Kalaw lah dpt kahwinkan dia ngan Ivy...Mesti comel anak2 nanti...huhuhu~~~~

~ Nilah Hippo tu...Khas utk Muezz....heheheh~~~~
~ Thanks for All ~


Wednesday, November 16, 2011

~ Perjalanan JB - Puncak Alam, Selangor ~

Assalamualaikum WBT...

Abes cuti seminggu ritu kena lah balik Puncak kan...Org lain sumer ahad dah blik..
Kitowg kan xde class isnin...so Isnin lah br blik...Manfaatkan masa..ngeee~~~
Isnin, 14/11/2011 bertolak kol 1000 till 1400...
Students cmnila..kehulur kehilir bwak pets...Pengorbanan tu...Harap2 berbaloi nanti..
InsyaAllah Aminnnnn~~~~
:'D

Balik naik keta Erun..ngan Adil skali...Thanks erun...
Kitowg betolak dlm kol 10am dr JB...
Sampai Puncak Alam dlm kol 2pm...
beselahhh....singgah makan lagi...
ngeee~~~~~
:'D

Barang
~ Inilah brg2 aku...makan satu seat ni...nasib keta muat...dah mcm pegi mana jerk...Dalam beg merah kiri tu ada Sugar glider, si Sandy, Then dlm akuarium tu baby budgie yg aku handfeed, nama xde lg, then kotak tengah besar tu Prairie dog, Si Piddy, then dlm kotak kasut tu si Nicky, iguana....hahaha....meriah bukan????

Nicky si Iguana
~ Nicky da bosan dlm kotak..dahla sempit..so lepak luar la..behave budak ni..bagus.. ~
~ Thanks for All ~


Thursday, December 23, 2010

~ Mini Zoo Saleng ~

Assalamualaikum WBT....

22/12/10 - Akhirnya hajat aku ngan fendi untuk pergi ke Mini Zoo Saleng terlaksana....
Setelah sekian lama kami merancang, akhirnya berjaya juga...hehehe~~~~
Ini kerana rancangan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah bersama2 hairi tergendala akibat dari kelecehan sistem untuk melawat....mcm2 karenah....takutnyer time practical nanti dpt staff begini...mintak dijaohkan...

SUDAH!!!!!Aku bukan bercerita psl lawatan ke HSA, tapi kunjungan ke Mini Zoo ini....
Untuk org Johor, mungkin tahu dimana ia terletak...berdekatan dgn senai ke arah Kulai jika dari Skudai...Itulah Saleng....

Seperti biasa aku pergi bersama2 fendi menaiki keretanya...Almaklumlah...aku ni harap je dah ade lesen!!!...tapi haram x bwk2 lagi!!!!huhuhu~~~~
Kami pergi dlm pukol 12 lbh....sampai nk dekat2 kol 1ptg...
tghari br dpt kuar....nasib kawasannya sgt redup...so xterasa kepanasan tghari yang panas itu...

Haiwan2 yg ada tidaklah bnyk mana berbanding dgn Zoo Negara atau Zoo Negeri Johor...
tapi cukuplah sekadar menunaikan hajat untuk sampai disini....
Bayaran yang dikenakan sebanyak RM15 seorang...Sungguh mahal berbanding dgn Zoo Johor yang hanya memerlukan bayaran RM2 sahaja....Mungkin kerana ini adalah Zoo persendirian & Zoo Johor adalah milik kerajaan dan mungkin menerima subsidi untuk makanan haiwan2 nyer...
*agaknyer lah~~~

Antara haiwan yang plg bnyk adalah harimau, ikan arapaima dan kura2...apa yg kami nampak seperti tempat kura2 bertelur, tempat penetasannya dan juga anak2 yang sudah menetas...memg comel...tapi terlupa utk snap gambar2 mereka.... :'(
Arapaima memg bnyk...sumer saiz2 yg sgt besar....kagum melihatnyer...itu klw dpt pancing....lenguh tgn....hehehehe~~~~
Anak harimau juga bnyk lahir disitu...Sempat kami bertanya, haiwan2 ini jinak kew???Seorang pekerja disitu memberitahu, haiwan2 ini sperti Anak Harimau, iguana & beruang akan dibawa keluar sangkar untuk beramah mesra dgn pengunjung...Tapi ia dikeluarkan pd hari Ahad...mgkn kerana rmai penhunjung yg dtg...nsib kami kurg baik dari segi itu sbb xdpt bergambar secara dekat dgn mereka....tapi xpelaaa....lain kali dpt la kowt..InsyaAllah....

Kami berada dlm zoo ini selama 2jam stgh....kami keluar makan di Skudai Parade dan meneruskan perjalanan ke Danga Bay serta Marathon menonton wayang mlm tuh...Tapi citer lain kali la ek...next post InsyaAllah....
Enjoy la tgk picture kitowg kt zoo ini....
Weeee~~~~~
:'D
~ Bergambar ngan Seladang...besar giler!!!Ini sekali tanduk boleh melayang badan!!! ~

~ Cantik kuda ni... ~

~ Tgk lah saiz ular sawa tuh ngan fendi...Besar bukan????
Kalau kna telan...naye....mintak jaoh Ya Allah!!! ~

~ Ayam belanda!!! Mengembangkan bulu ekor & badannya utk mengurat si Betina... ~

~ Burung Kasawari ~

~ Renungan mata yang menggoda!! ~

~ Dapat snap pintu keluar jerk...sbb da nak blik br sibuk begamba..hehehe... ~

~ Tiketnyer...RM15/Person....Inilah nama sebenar zoo ini... ~
~ T.C. Arapaima & Tropical Fish ~
~ Thanks for All ~


Friday, October 28, 2011

~ Kuku Nicky TERPUTUS!!! ~

Assalamualaikum WBT...

28/10/2011 (Jumaat)
Cerita sedih arini...tetiba pagi2 td dpt call dari chaom, cakap...
KUKU NICKY TERCABUT....sedih je denga...dahla mamai2 lagi..
maklumlah....tidur blik pas subuh...xbagus tau...jgn tiru!!!!
Sebenayer mlm tadi aku xtido kt umah...tido umah member...
xsangka plak Nicky cmtu...sedih je rasa...mula2 chaom ckap tu aku mcm tak tekejut sgt...
sbb ramai dah owner2 iguana lain dpt kes cmni...jari putus...tp bila pikir2 blik...dah nasib...
xsangka plak berlaku kat aku gak...
sedih....
:'(

xpela...mungkin ada hikmahnya....
Nicky pon sihat jerk pastu...xdela plak dia meragam...
Alhamdulillah.....
Nway...Semoga cepat sembuh ye Nicky...
I love U so Much!!!!~~
InsyaAllah aminnnn~~~~
:')

kuku nicky yg terputus
~ Tengoklah kuku+jari tu...Serammmm je tgk...sian kat Nicky ~
~ Thanks for All ~


Wednesday, January 9, 2013

~ Lesen Perhilitan ~

Assalamualaikum WBT...

10/01/2013 (Rabu)
Entry Pembuka Tirai untuk Tahun 2013

Arini first time g Jabatan Perhilitan Negeri Johor...
Setelah bertangguh sampai nak dekat 2 bulan...
Sampai gak aku kat sini...

Tujuan nak Renew Lesen Iguana...
Tapi tulah...dah expired nak dekat 2 bulan...
Sepatutnya renew 14 hari selepas expired date...23/11/2012...
Tapi arini baru sempat datang...
so tak settle la...salah aku gak bertangguh...

So kena tggu office call baru leh tahu camne nak settle...
Sama ada aku kena Denda Bayar Kompaun baru renew atau tak...
Tak pun aku kena settle kan kat Perhilitan Selangor dulu baru tukar sini...
Sebab alamat lesen sebelum ni kat Selangor...
Aduiii.......sabojela....

Harap2 settle cepatlah....
Lega aku nanti...
Mudah2an...
Aminnn...
:'D

~ Perhilitan Negeri JOHOR ~
~ Thanks for All ~


Thursday, October 6, 2011

~ Akhirnya...Ferry ku Pergi Meninggalkanku ~


Assalamualaikum WBT...


Semalam...bertarikh 06/10/2011 (Khamis)
Lebih kurang pukul 2330...
Bertempat di sebelah KFC Seksyen 2, Shah Alam...
Ferry pergi meninggalkan diriku...
Bukan sengaja..tapi terpaksa...
Oh sedihnyer...
Bye bye Ferry...
:'(

Harap2 kamu lebih bahagia & senang hati di sisinya...
Thanks to abg Md Yusri...

Paling Best...
Dapat jumpa geng2 group "Pecinta Haiwan Iguana" & "We Love Animals"....
Enjoyyyyy sgttt~~~ *Gambar akan diupload kemudian...
Thanks to Love Lulu, Al kausar, Cekodok Basi, Hairi, Fendi, Mata...
Love yu ols....

*Jap g nak ke Pangkor...
sbb tu update trus...t xsempat plak...
3 hari lah xonl9 ni...
woo000oo~~~~~
:'D

Ferret (Ferry)
Ferry...i will gonna miss u forever.....
~ Thanks for All ~


Saturday, March 26, 2011

~ New Harness for Nicky ~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Semalam, 26/03/11: Sabtu...
Bejalan ngan Chaom, pg FRIM kat Kepong...
Ingat nak naik 'Canopy Walk'....sekali tgh renovate la plak...
salah timing pg....tp xpe...kitowg jln2 kuar peluh jerk...
then pastu g la meround2 pekan Kepong tu....
xslalu pg pon....plan nk crik baju dinner....

Sambil bejalan2 utk carik baju tu...
singgah jap kat Petshop konon2 sesaje cuci mata tgk de pets ape...
skali hampeh da...xde pets pon....BUT accessory je bnyk...
then aku pon belek2 lah kawasan harness.....
tetiba ternampak plak harness untuk iguana....
slalu susah jumpa harness utk dia...yg slalu ada utk anjing & kucing jerk....
belek punya belek...tanya punya tanya...
jadiklah beli....untuk Nicky la...sape lg....
huuhuhu~~~~

RM21.60 after 10% discount...
Mahal gak ek...ingat murah jerk...
kihkihkih~~~


~ Reptiles Leash & Harness....Jenama Four Paws...xtaula bgos ke x... ~

~ Harap2 Nicky suka...Yang mcm cermin mata tula tempat letak kaki depan dia... ~

~ Kat dlm umah...~ Mcam pkai singlet pon ade...hehehhehe~~~~
~ Harap2 pasni xdela liar sgt....senang nk main kat luar...hehehehe~~~
~ Thanks!! ~


Sunday, May 8, 2011

~ NEW IGUANA ke???? (Part 1) ~



Assalamualaikum WBT....


xleh citer bnyk2...hehehehe~~~~
Enjoy gambar jela yer....
"Ivy" nama diberi....
:'D

Part 1 ni masa 1st meet ngan owner lama (malam)
& travel ke Puncak Alam...
yeyyyyy!!!!!!~~~


~ Ssshhhhh.....nak tido ~

~ Pegi ngan Mata & Fendi !!!! Thanks guyz... ~


~ Dok diam2 taw ~

~ Peace !!!~

~ Bukan main sayang lg Mata kat Ivy..kihkihkih... ~

~ Hye....Salam Kenal...hehehehe~~~

( ^__^ )
~ Thanks for All ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...